Lawatan Ahmad Zahid ke China Bawa Manfaat Besar

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan lawatan ke China bagi memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama dalam bidang TVET, teknologi dan pembangunan tenaga mahir.

Saya kongsikan beberapa perkembangan penting yang kita perlu tahu usaha yang sedang beliau lakukan untuk anak-anak muda Malaysia.

1. Cadangan penubuhan Majlis TVET Dunia mendapat persetujuan secara prinsip daripada China. Usaha ini secara tidak langsung telah membuka ruang untuk Malaysia mengangkat agenda TVET ke peringkat global.

2. Atas hubungan positif antara kedua-dua negara, China telah menawarkan 2,500 penempatan latihan TVET bagi memberi peluang kepada anak muda Malaysia untuk menguasai kemahiran baharu melalui pelbagai latihan di China pada tahun ini.

3. Malaysia menerima enam buah kenderaan EV untuk pusat TVET di sini. Kenderaan tersebut diserahkan kepada Majlis TVET Negara bagi menyokong latihan automotif tempatan, seiring perkembangan teknologi EV.

4. Lebih 200 rakyat Malaysia telah selesai dan tamat menjalani latihan kereta api di China. Kepakaran ini dijangka akan membantu membangunkan tenaga mahir tempatan bagi projek ECRL.

Inilah makna hubungan diplomatik yang memberi manfaat kepada rakyat ; daripada meja rundingan kepada peluang membina kemahiran dan kepakaran.

Hubungan diplomatik yang matang dan bijaksana sentiasa mengutamakan kepentingan strategik rakyat dan kedaulatan negara berbanding tindakan yang bersifat kosmetik atau sekadar mengikut rentak kuasa besar.

Apa yang dibawa oleh Presiden UMNO ini adalah agenda TVET bukan pilihan kelas kedua. Inilah antara laluan penting untuk anak Malaysia membina masa depan di dalam mahupun luar negara dan suatu hari nanti, negara bakal melahirkan ramai tenaga pakar sendiri.

DATUK RAZLAN RAFII

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO