Beramah Mesra Bersama Kira-Kira 600 Penggiat Industri Gig

MASJID TANAH 16 Okt — Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, telah meluangkan masa beramah mesra bersama kira-kira 600 penggiat industri gig yang terdiri daripada komuniti pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing kawasan Masjid Tanah dalam satu majlis Sesi Sembang Santai di Villa D’Acqua.

