Rakyat Masih Beri Kepercayaan Kepada UMNO/BN

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Kemenangan UMNO/Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan menjadi bukti bahawa rakyat khususnya orang Melayu masih memberi kepercayaan terhadap parti tersebut.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi berkata, beliau yakin bahawa gelombang biru yang dibawa dari selatan tanah air akan merebak ke seluruh negara.

“Apabila UMNO diberi mandat di Negeri Sembilan dalam PRN lalu, ia merupakan satu pencapaian yang amat baik. UMNO bertanding di 16 kerusi dan berjaya memenangi kesemuanya.

“Ini menunjukkan bahawa rakyat, khususnya orang Melayu, masih memberikan kepercayaan kepada UMNO/BN untuk membawa suara dan memperjuangkan kepentingan mereka.

“Saya yakin gelombang sokongan kepada UMNO/BN ini boleh diteruskan. Daripada Johor, ke Negeri Sembilan dan seterusnya ke negeri-negeri lain. Kita mahu melihat semangat dan kekuatan ini terus berkembang sehingga menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.

Ujarnya, UMNO perlu terus kuat dan bersedia untuk menghadapi PRU akan datang.

“Dalam masa yang sama, perkara paling penting untuk kita semua ialah memastikan UMNO terus kuat dan bersedia menghadapi PRU akan datang.

“Kita mahu memperbanyakkan kemenangan di peringkat Parlimen dan seterusnya memastikan UMNO/BNnmempunyai kekuatan yang lebih besar di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Di Negeri Sembilan, kita telah menunjukkan bahawa dengan perpaduan dan kerjasama, kita mampu membentuk sebuah kerajaan yang stabil,” katanya lagi.

Tambahnya, para jentera perlu menggiatkan usaha untuk turun ke akar umbi untuk memastikan hubungan bersama masyarakat sentiasa dekat.

“Kita perlu turun ke akar umbi, mendengar suara rakyat, memahami masalah mereka dan memastikan jentera parti sentiasa dekat dengan masyarakat.

“Kita juga perlu sentiasa bersedia untuk berkorban demi parti. Dalam politik, kepentingan parti dan perjuangan bersama perlu diletakkan di hadapan kepentingan peribadi.

“Apabila kita bersatu… apabila kita sanggup memberikan ruang kepada orang lain dan apabila meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan, Insya-Allah kita mampu mencapai kejayaan yang lebih besar,” katanya lagi. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO