Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Puteri UMNO – Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi

PUTERI ADALAH MASA DEPAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

1)YBHG. SDRI. FAREHAH BINTI WASLI
PENGERUSI TETAP PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
2)YBHG. SDRI. ZULIKHA BINTI ABDUL TALIB
TIMBALAN PENGERUSI TETAP PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
3)YBHG. SDRI. SITI SOKHLEHA BINTI NORDIN
NAIB KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
4)YBHG. SDRI. HAJAH NIK ZAKIRAH FARHANIS BINTI ZAKIMI NA RAHIM
SETIAUSAHA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
5)YBHG. SDRI. HANIS HAZWANI BINTI HAZMIN
BENDAHARI PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

6)YBHG. SDRI. SHAMELLYA BINTI NORAZIZI
KETUA PENERANGAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA
7)YANG BERHORMAT DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI
NAIB PRESIDEN UMNO MALAYSIA
8)YBHG. DATO’ DR. ASYRAF WAJDI BIN DUSUKI
SETIAUSAHA AGUNG UMNO MALAYSIA
9)3 ORANG WAKIL AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO MALASYSIA
i)YB SENATOR DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMED
ii)YB DATUK MOHAMAD BIN ALAMIN
iii)YBHG. DATUK YAKUB KHAN

10)BARISAN EXCO PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

11)KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO NEGERI – NEGERI

12)MANTAN-MANTAN PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

13)TIMBALAN KETUA BELIAWANIS MCA

14)SDRI. TEEBA SOLAIMALAI
KETUA PUTERI MIC

15)DR. RACHEAL THOMAS
NAIB KETUA BELIA PPP

16)SDRI. MAZVIN BINTI JAHABARDEEN
KETUA PUTERI KIMMA MALAYSIA

17)SDRI. SUMITERA DEVI
KETUA PUTERI PARTI MAKKAL SAKTI

18)KEPIMPINAN AMEERAH DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA

19)WAKIL – WAKIL KEDUTAAN DARIPADA :

i)HIGH COMMISSION OF THE REPUBLIC OF SINGAPORE
ii)AUSTRALIAN HIGH COMMISSION
iii)BRITISH HIGH COMMISSION
iv)EMBASSY OF JAPAN

20)MAHASISWA-MAHASISWI DALAM DAN LUAR NEGARA

21)PARA PEMERHATI

22)HADIRIN HADIRAT YANG DIMULIAKAN

23)WAKIL-WAKIL DARI MEDIA ELETRONIK & MEDIA CETAK

24)SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN
Salam UMNO,
Salam Perjuangan,
Salam Puteri UMNO.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyu-kuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, kita sekali lagi dapat berhimpun sebagai sebuah keluarga besar Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
Kepada barisan ke-pim-pi-nan parti, barisan Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Ketua-ketua Puteri Negeri, Ketua-ketua Puteri Bahagian, para perwakilan, para pemerhati, sahabat-sahabat media, dan yang paling dekat di hati Along…seluruh keluarga Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, tak kira di mana sahaja anda berada.
Terima kasih kerana terus berada di sini.
Terima kasih kerana terus bekerja.
Dan terima kasih kerana terus percaya bahawa perjuangan ini masih mempunyai makna.
(jeda)

1.0
Puteri sekalian;
Tahun ini bukan tahun biasa bagi kita.
Puteri UMNO telah genap 25 tahun.
Suku abad.
25 tahun sebuah gerakan wanita muda dibina, diuji, jatuh, bangun, belajar dan terus bergerak.
Kalau seorang anak dilahirkan pada tahun Puteri di-asaskan, hari ini dia sudah menjadi seorang wanita dewasa.

Mungkin sudah bekerja.
Mungkin sudah berkahwin.
Mungkin sudah menjadi ibu.
Mungkin sedang membina kerjaya.
Mungkin sedang membina perniagaan.
Mungkin sedang menjaga ibu bapanya.
Dan mungkin juga sedang bertanya:
“ Apakah masa depan yang sedang menunggu aku?”

2.0
Puteri sekalian,
Perjalanan 25 tahun ini tidak dibina oleh kita sahaja.
Ada tangan yang datang sebelum kita.
Ada wanita muda yang membuka jalan ketika jalan itu belum ada.
Ada yang membina cawangan.
Ada yang mencari ahli.
Ada yang turun berkempen.
Ada yang kalah dan bangun semula.
Ada juga yang tidak pernah mendapat jawatan besar, tidak pernah masuk berita, tidak pernah berdiri di pentas seperti ini, tetapi terus bekerja kerana percaya kepada perjuangan.
Kepada mereka semua, kita ucapkan:
TERIMA KASIH ! ….. Dan berikan tepukan kepada mereka semua!!!
(jeda)
Kerana generasi sebelum kita telah membina tempat untuk kita berdiri hari ini.
Belayar biduk membawa amanah,
Singgah berteduh di Kuala Muda;
Pusaka dijunjung jangan berubah,
Warisan dijaga sepanjang masa.

Kain songket tenunan lama,
Benang bersulam warna delima;
Puteri diwaris bukan hanya nama,
Amanah perjuangan sepanjang masa.

3.0
Puteri sekalian,
Warisan bukan sekadar sesuatu yang kita terima.
Warisan ialah sesuatu yang kita mesti tinggalkan.
Generasi sebelum kita membina Puteri untuk zaman mereka.
Sekarang tiba giliran kita membina Puteri untuk zaman kita, dan untuk zaman selepas kita.
Kerana…
PUTERI ADALAH MASA DEPAN.
(Jeda)

4.0
Puteri sekalian,
Kalau kita mahu bercakap tentang masa depan, kita mesti terlebih dahulu berani melihat dunia yang sedang berubah di se-ke-li-ling kita.
Cara kita bekerja berubah.
Cara kita berniaga …berubah.
Cara kita belajar… berubah.
Cara kita ber-ko-mu-ni-kasi…. berubah.
Cara manusia mendapatkan maklumat berubah.
Malah cara rakyat menilai politik, juga…. ? Berubah.

5.0
Hari ini, sebuah telefon di tangan seorang wanita muda boleh menjadi pejabat-nya, kedai-nya, bilik kuliah-nya, bank-nya, sumber maklumat-nya, dan pentas untuk suaranya didengar oleh ribuan manusia.
Ke-cer-da-san buatan sedang mengubah pekerjaan.
Ekonomi gig mengubah cara orang mencari pendapatan.
Media sosial mengubah cara pandangan dibentuk.
Kos kehidupan pula mem-pengaruhi keputusan tentang rumah, keluarga dan masa depan.

6.0
Kita harus sedar bahawa generasi hari ini menilai politik dengan cara yang berbeza.
Mereka mungkin tidak memakai baju parti .
Mereka mungkin tidak hadir ke program kita.
Malah mungkin ada yang tidak pernah…. mengundi kita.
Tetapi itu tidak bermakna mereka bukan tanggung-jawab kita.
Kerana perjuangan yang sebenar, bukan hanya menjaga mereka yang sudah bersama kita.
Perjuangan yang sebenar? juga bermaksud memper-juang-kan mereka ? yang belum percaya kepada kita !
Itulah cabaran politik generasi kita.

7.0
Kita tidak lagi boleh menganggap se-se-orang yang menyokong kita, hanya kerana ibu bapanya menyokong kita.
Kita tidak boleh menganggap sejarah sahaja sudah cukup, untuk membuatkan generasi baharu percaya kepada kita.
Kita tidak boleh berkata:
“Sudah lama kami berjuang. Maka percayalah kepada kami.”

8.0
Hari ini generasi muda bertanya satu soalan yang lebih mudah:
“ Mengapa saya harus percaya kepada kamu? ”
Dan kita juga harus memahami satu lagi perkara.
Orang muda tidak mahu politik yang terus hidup dalam dendam lama.
Mereka tidak mahu mewarisi permusuhan …yang mereka sendiri tidak mulakan.
Mereka tidak mahu seluruh masa depan politik … di-tentu-kan oleh siapa yang perlu dibenci.
Mereka mahu tahu: (SLOW)
Siapa yang boleh bekerja?
Siapa yang boleh me-nyelesaikan masalah?
Siapa yang boleh membawa mereka ke hadapan?
Dan siapa yang boleh mereka percayai?

9.0
Politik yang hidup dalam kemarahan mungkin boleh mengumpulkan orang untuk seketika.
Tetapi untuk membina sebuah generasi, kita me-mer-lu-kan sesuatu yang lebih besar.
(SLOW)
Kita me-merlu-kan….  matlamat.
Kita me-merlu-kan….  kemampuan.
Dan kita me-merlu-kan….  kepercayaan.
10.0
Dunia berubah.
Wanita muda juga berubah.
Politik berubah.
Kalau kita tidak berubah, usia muda sekalipun tidak men-jamin kita kekal relevan.
Sebab itulah apabila kita berkata…
PUTERI ADALAH MASA DEPAN,
kita tidak boleh sekadar bangga kerana kita masih muda.
Kita mesti bersedia menghadapi dunia yang sedang berubah.

11.0
Puteri sekalian;
Sejak kecil kita sering mendengar orang berkata:
“ Orang muda adalah pemimpin masa hadapan.”
Sedap kita dengar.
Tetapi Along mahu hari ini kita bertanya:
( High Tone )
Masa depan itu bila?
(Diam Sekejap)

Lima tahun lagi
ATAU
Sepuluh tahun lagi?
Apabila kita ber-umur 40 tahun?
Apabila orang lain bersara?
Apabila seseorang akhirnya berkata:
“Sekarang sudah sampai giliran kamu”?
BILA…???
Tidak.* (Terpulang pada suasana)

12.0
(SLOW)
Masa depan bukan tarikh pada kalendar.
Masa depan bukan sesuatu yang kita tunggu sehingga tiba giliran. (jeda)
Masa depan ialah saat apabila kita sudah bersedia menggalas tanggung-jawab, dan mampu melaksanakan-nya.
Kalau kita sudah bersedia hari ini, masa depan … kita boleh bermula hari ini.
Tetapi kalau sepuluh tahun lagi kita tidak bersedia, masa depan itu belum juga tiba.

13.0
Sebab itu Along mahu Puteri berhenti melihat masa depan sebagai giliran.
Lihat masa depan sebagai ke-siap-siaga-an.
Kalau kita mahu memimpin, kita mesti mem-persiap-kan diri.
Ilmu mesti ada.
Kemahiran mesti ada.
Disiplin mesti ada.
Keberanian mesti ada.
Integriti mesti ada.
Kemampuan membuat keputusan….? Mesti dibina.
Kemampuan menyelesaikan masalah…. ? Mesti dibuktikan.
Dan kemampuan bekerja bersama orang lain…..? Mesti dipelajari.
Kita tidak boleh meminta dunia mem-per-ca-yai kemampuan kita, kalau kita …? sendiri tidak ber-sungguh-sungguh membinanya.

14.0
Sebab itu Along mahu kita mengubah sedikit cara kita menilai kekuatan Puteri.
Jangan hanya tanya:
“ Berapa ramai ahli kita? ”
Tanya juga:
“ Berapa ramai yang sedang kita per-siap-kan? ”

Jangan hanya tanya:
“ Berapa banyak program kita sudah buat? ”
Tanya juga:
“ Apa yang berubah kerana program itu? ”
Jangan hanya tanya berapa ramai yang hadir.
Tanya juga berapa ramai yang pulang dengan ilmu baharu, kemahiran baharu, keyakinan baharu dan ke-sedia-an baharu.

15.0
Dan akhirnya kita mesti berani ber-tanya satu soalan yang mungkin sedikit tidak selesa:
“ Apa yang berubah kerana Puteri hadir? ”
Kalau kita turun ke sebuah kampung, apa yang berubah?
Kalau kita masuk ke sebuah komuniti, apa yang berubah?
Kalau kita membantu seorang wanita muda, apa yang berubah dalam hidupnya?
Kalau kita melatih ahli Puteri selama lima tahun, siapa dia selepas lima tahun itu?
Kerana, kesibukan bukan ukuran kejayaan.
Perubahanlah ukurannya.

16.0
Kita mahu Puteri menjadi tempat seorang wanita muda masuk dengan potensi, dan keluar dengan kemampuan.
Masuk dengan minat, keluar dengan kemahiran.
Masuk dengan semangat, keluar dengan kematangan.
Masuk untuk belajar memimpin, keluar bersedia memikul tanggung-jawab.
Itulah maksud kita, apabila kita kata:
PUTERI ADALAH MASA DEPAN.
Bukan kerana kita muda.
Tetapi…
Kerana kita memilih untuk bersedia.

17.0
Namun,
Kita mesti ber-tanya satu lagi soalan.
“ Kita mahu bersedia untuk siapa? ” (jeda)
Adakah kita mem-per-siap-kan Puteri hanya untuk Puteri?
Adakah per-juangan kita hanya untuk mereka yang mem-punyai kad keahlian?
Adakah suara kita hanya untuk wanita muda yang duduk di dalam dewan ini? (jeda)
(Tidak.)

18.0
Di luar sana ada jutaan wanita muda yang sedang menjalani kehidupan mereka.
Hari ini keresahan wanita muda bukan perkara yang jauh daripada kehidupan kita.
Mereka memikirkan pekerjaan dan pendapatan.
Mereka memikirkan harga rumah yang semakin sukar dicapai.
Mereka memikirkan bagaimana mahu membina kerjaya tanpa me-nga-bai-kan keluarga.
Mereka mahu berniaga, tetapi berhadapan dengan persoalan modal dan peluang…
Mereka mahu hidup dalam dunia digital, tetapi pada masa yang sama mahu di-lindungi daripada penipuan dan gangguan.
Dan ramai juga sedang memikul tangggung-jawab terhadap anak, ibu bapa dan keluarga dalam keadaan kos kehidupan yang semakin mencabar.
Inilah politik yang perlu kita perjuangkan — politik yang hadir dalam kehidupan sebenar manusia.
Politik yang bukan bermula dengan parti.
Politik yang bermula dengan kehidupan manusia.
Justeru, Puteri mahu menegaskan dalam isu Perlindungan Ekonomi Ibu Tunggal Muda, supaya bukan hanya diberi bantuan tunai. Kita mahu di-gabung-kan pekerjaan, penjagaan anak, bantuan guaman, berkaitan nafkah, dan perumahan supaya mereka boleh kembali berdikari.
Manakala mengenai Kesihatan Wanita Muda, Puteri menuntut supaya Pimpinan lebih serius kepada PIHAK KERAJAAN, pe-me-rik-sa-an kesihatan wanita perlu dibuat dengan cara yang lebih mudah dicapai dan mampu milik, ter-masuk kesihatan re-pro-duk-tif dan saringan penyakit wanita, melalui klinik kerajaan dan program komuniti.

19.0
Sebab itu kalau kita mahu wanita muda, percaya kepada Puteri, jangan hanya meminta mereka mendengar kita.
Kitalah yang mesti terlebih dahulu mendengar mereka.
Turun ke tempat mereka.
Masuk ke ruang mereka.
Fahami apa yang sedang mereka risaukan.
Fahami apa yang mereka impikan.
Dan paling penting…
buktikan bahawa politik masih boleh menjadi jalan, untuk menyelesaikan masalah kehidupan mereka.

20.0
Along mahu suatu hari nanti apabila seorang wanita muda mendengar nama Puteri, perkara pertama yang terlintas bukan sekadar:
“ Ini sebuah sayap politik.”
Along mahu mereka berkata:
“ Di situlah suara aku mendapat perhatian.”
Biar wanita muda melihat , Puteri bukan sekadar sebuah organisasi politik, tetapi sebagai tempat suara mereka mendapat perhatian.
Kerana… Ke-re-sa-han mereka adalah ke-re-sa-han kita.
Harapan mereka adalah per-juangan kita.

21.0
Dan Puteri mesti menjadi jambatan antara suara wanita muda dengan meja pembuat keputusan.

22.0
Dan kalau kita benar-benar mahu menjadi suara sebuah generasi, kita tidak boleh hanya bercakap kepada mereka yang sudah ber-setuju dengan kita.
Kita mesti men-dengar mereka yang ragu-ragu.
Mereka yang kecewa.
Mereka yang jauh, … daripada politik.
Mereka yang berkata:
“ Politik tidak men-gu-bah hidup saya.”
Jangan marah pada mereka,…. (Low Tone)
Dengar…….
Fahami…….
Kemudian bukti-kan bahawa politik masih boleh mem-bawa penyelesaian.
Kerana apabila kita berkata.…. ?
PUTERI ADALAH…. MASA DEPAN,
kita bukan hanya ber-cakap tentang masa depan Puteri.
Kita ber-cakap tentang masa depan, generasi…. yang kita per-juangkan.

23.0
Kalau kita mahu menjadi jambatan antara suara wanita muda dengan meja pembuat keputusan, maka satu perkara perlu disebut dengan jelas.
Kita sudah terlalu lama ber-cakap tentang penyertaan wanita.
Sekarang masanya kita bercakap tentang kuasa membuat keputusan.
Wanita muda bukan sekadar di-perlukan untuk menggerak-kan JENTERA !!!
Bukan sekadar memenuhi DEWAN !!!
Bukan sekadar men-ja-di wajah KEMPEN !!!
KITA MESTI DIBERIKAN RUANG UNTUK MEMIMPIN !!
Daripada cawangan ke bahagian.
Daripada or-ga-ni-sa-si…. ke pen-tadbiran.
Daripada akar umbi…. hingga ke Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

24.0. Sebab itu tuntutan penyertaan 30 peratus wanita, tidak boleh tinggal sebagai angka, yang kita ulang dalam ucapan.
Ia mesti di-ter-jemah-kan kepada peluang yang boleh dilihat, dirasai dan di-buktikan.
Dan apabila tiba waktunya parti menentukan calon, kita mahu wanita muda yang ber-ke-mam-puan, bekerja dan diterima rakyat, DIBERIKAN PELUANG YANG SEWAJARNYA.
Bukan kerana mereka wanita muda.
Tetapi kerana mereka mempunyai  kemampuan untuk memimpin.

25.0
Puteri sekalian,
Dari sudut pengurusan parti Along mahu sampaikan luahan berikut:
Along ingin tujukan permintaan ini kepada kepemimpinan parti, khususnya YAB Presiden kita yang kita kasihi.
Kami membawa usul bukan sekadar untuk memenuhi agenda persidangan, malah jauh sekali hanya untuk menjadi nota yang kemudiannya dilupakan.
Setiap usul itu bermula daripada suara akar umbi Puteri, mempunyai kre-di-bi-li-ti dan nilai tersendiri.
Justeru, secara ikhlas dan jujur, Along menyeru kepada pimpinan parti agar pandangan dan suara Puteri YANG telah diangkat sebagai usul sebelum ini diberikan perhatian serta jawapan yang sewajarnya.

26.0
Perwakilan sekalian,
Kita akan terus meminta ruang yang adil.
Tetapi kita juga perlu jujur kepada diri sendiri.
Kita tidak mahu hanya berkata:
“ Berilah kami peluang.”
Kita mahu berkata:
“ Berilah kami peluang — dan kami akan bukti-kan ke-mampuan.”
Kerana peluang tanpa ke-siap-sia-gaan, tidak akan mem-bawa kita pergi jauh.
Tetapi ke-siap-sia-gaan yang bertemu peluang, boleh melahir-kan pemimpin.

Dan kepada semua ahli Puteri, along mahu tegaskan:
Jangan tunggu jawatan untuk memimpin.
Jangan tunggu menjadi Ahli Parlimen untuk membantu rakyat.
Jangan tunggu menjadi ADUN untuk menyelesaikan masalah masyarakat.
Jangan tunggu menjadi Ketua Puteri Bahagian untuk membina orang lain.
Jangan tunggu mempunyai gelaran untuk menjadi berguna.

27.0
Kalau seorang ahli Puteri, membantu seorang wanita muda mendapatkan peluang latihan, dia sedang memimpin.
Kalau seorang Ketua Puteri Cawangan, membantu seorang peniaga kecil memahami pemasaran digital, dia sedang memimpin.
Kalau seorang pemimpin Puteri bawa masalah komuniti kepada pihak yang boleh mampu me-nyelesai-kan dan pastikan pe-nye-le-sai-an itu benar-benar berlaku, dia sedang memimpin.
Kepimpinan bermula apabila kita menerima tanggung-jawab, bukan apabila kita menerima jawatan.
Jawatan memberikan kuasa.
Tetapi tanggung-jawab memberikan makna kepada kuasa itu.
Justeru, isu Wanita Muda Dalam Kepimpinan , Puteri mem-perjuang-kan supaya di-wujud-kan laluan kepimpinan wanita muda bawah 40 tahun dalam GLC, kerajaan tempatan, badan berkanun dan pem-buatan dasar. Bukan sekadar mengejar angka 30%, tetapi memastikan wanita muda berada di meja yang membuat keputusan.

Saya Ulang . . .
Kerajaan hendaklah laksanakan program khas untuk wanita muda sertai GLC, Kerajaan Tempatan, Badan Berkanun dan pembuat dasar, supaya mereka boleh berada dalam suasana membuat keputusan.
Kerana membuat keputusan adalah intipati kepada kepemimpinan.

28.0
Dan hari ini, kita telah me-lahirkan pemimpin masyarakat daripada keluarga puteri kita
YB IKA DAN YB MAIRA. (Minta YB Ika & YB Maira berdiri)
Tahniah untuk kalian berdua. (jeda)
Tetapi
Along mahu kalian ingat:
Yang paling penting bukan gelaran di hadapan nama kita, tetapi ke-percaya-an yang rakyat letakkan di belakang nama kita.
Kemenangan dalam pilihan raya bukanlah garisan penamat.
Sebenarnya… di situlah per-juangan baharu bermula.
Along mahu kalian sentiasa ingat orang yang membuka pintu rumah ketika kita datang berkempen.
Ingat tangan yang kita salam.
Ingat anak muda, yang berkongsi keresahan mereka.
Ingat ibu yang mengadu, tentang kehidupan keluarganya.
Dan jangan lupa…
mereka yang mungkin tidak memilih kita.
Kerana apabila kita sudah menjadi wakil rakyat, tanggung-jawab kita bukan hanya kepada orang yang mengundi kita.
Kita mewakili semua!!
Along mengambil kesempatan ini, mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan parti YAB Presiden kerana memberi ke-percaya-an kepada Wakil Puteri, untuk menjadi calon di PRN JOHOR & PRN NEGERI SEMBILAN. Dan along harapkan, akan ada lagi calon daripada Puteri UMNO dalam PRN dan PRU akan datang.
(YB Ika & YB Maira boleh duduk)

29.0
Jawatan sebenarnya meletakkan tanggung-jawab kita lebih tinggi.
Ika dan Maira,
Kalian membawa satu lagi amanah besar.
Kalian adalah sebahagian daripada generasi wanita muda yang sedang mem-buktikan, bahawa wanita muda bukan sekadar boleh berada dalam politik.
Sesungguhnya ….
Wanita muda mampu memimpin.
Wanita muda mampu membuat keputusan.
Wanita muda mampu membawa perubahan!!!
Sebab itu setiap langkah kalian akan di-perhatikan.
Kalau kalian berjaya, kalian bukan sahaja membuka jalan untuk diri sendiri.
Kalian sedang membuka pintu untuk lebih ramai….wanita muda selepas kalian.
Kekal…..rendah hati ketika dipuji.
Kekal…..bekerja ketika tidak dipuji.
Dan…
kekal bersama rakyat walaupun tiada kamera yang melihat.
Kerana pada akhirnya, itulah ukuran ke-pimpinan-nya.
Bukan…. berapa banyak gelaran yang kita kumpul-kan.
Tetapi berapa banyak ke-percaya-an yang kita jaga.
Dan kepada seluruh Puteri sekalian…
Jadikan kejayaan Ika dan Maira menjadi peringatan kepada kita bahawa ruang boleh dibuka!!!!!
Tetapi apabila ruang itu dibuka, kita mesti sudah bersedia mengisi-nya dengan ke-mam-puan, in-te-gri-ti dan kerja.
Itulah Puteri yang kita mahu bina.!!!!!
PUTERI ADALAH MASA DEPAN

30.0
Puteriku sekalian,
Ada satu perkara yang lebih besar daripada jawatan.
Lebih besar daripada pencalonan.
Malah lebih besar daripada kemenangan pilihan raya.
Iaitu…
Ke-percaya-an.
Kita boleh mem-punyai jawatan tetapi tidak dipercayai.
Kita boleh mem-punyai kuasa tetapi tidak dipercayai.
Kita boleh mem-punyai pengikut di media sosial, tetapi tidak boleh dipercayai.
Dan kita boleh menang pilihan raya hari ini, tetapi kita juga boleh ke-hi-la-ngan ke-percaya-an rakyat hari esok.
Sebab itu Along mahu Puteri mem-bawa satu cara berpolitik yang sangat di-perlukan pada zaman ini.
Iaitu POLITIK KE-PERCAYA-AN.

31.0
Apa itu Politik Ke-percaya-an?
Bukan teori yang rumit.
Politik Ke-percaya-an ialah politik yang membuatkan rakyat kembali yakin, bahawa per-juangan kita bukan sekadar tentang kuasa, tetapi tentang siapa yang benar-benar mampu menjaga kepentingan mereka.
Politik Ke-percaya-an tidak hanya meminta rakyat mempercayai kita.
Tetapi
Kita bekerja sehingga kita layak dipercayai.

32.0
Ia bermula dengan hadir.
Jangan hanya hadir, apabila kita memerlukan rakyat.
Hadirlah ketika rakyat memerlukan kita.
Ia bermula dengan men-dengar .
Jangan hanya men-dengar orang yang memuji kita.

Dengarlah orang yang meng-kritik kita
Dengarlah orang yang kecewa.
Dengarlah orang yang masih belum percaya.
Kalau orang muda tidak percaya kepada kita, tugas kita bukan marahkan mereka kerana tidak percaya.
Tugas kita ialah mem-beri-kan mereka sebab untuk percaya.

33.0
Politik Ke-percaya-an juga menuntut kejujuran.
Kita tidak perlu men-janji-kan terlalu banyak perkara.
Kerana
Ada perkara kita boleh buat.
Ada perkara kita perlukan masa.
Ada perkara yang mungkin kita belum mampu lakukan.
Beritahulah yang benar.
Kerana…
Ke-percaya-an tidak boleh diminta.
Ke-percaya-an mesti dibina.

34.0
Dan ke-percaya-an yang mahu bertahan mesti dibina di atas kebenaran.
Tanpa kebenaran, ia hanyalah istana pasir yang menunggu dibilas ombak.
Kepercayaan juga lahir, apabila kata bertemu tindakan.
Kalau kita berkata kita mem-bela wanita muda, mereka mesti me-lihat-nya dalam kerja kita.
Kalau kita kata kita dengar, rakyat mesti me-rasakan-nya.
Kalau kita berjanji, kita mesti berusaha me-nunaikan-nya.
Dan kalau kita tersilap?
Akuilah.
Perbaiki….dan teruskan bekerja.
Pemimpin tidak hilang maruah kerana mengakui kesilapan.
Kadang-kadang keberanian mengakui kesilapan itulah yang membuatkan orang lebih percaya kepada kita.

35.0
Puteriku sekalian,
Niat baik sahaja tidak cukup.
Kita juga, mesti mampu……
Rakyat mungkin percaya kita ikhlas.
Tetapi mereka juga mahu percaya, kita mampu menjaga ke-pen-tingan mereka.
Mereka mahu percaya, kita boleh menyelesai-kan masalah.
Mereka mahu percaya, bahawa apabila diberikan amanah, kita mampu me-laksanakan-nya.

Sebab itu, Politik Ke-percaya-an kembali kepada perkara yang kita bincang-kan sejak awal tadi iaitu;
KE-SIAP-SIA-GAAN.
Ilmu.
Ke-mampuan.
Inte-griti.
Kon-sis-ten-si.
Tanggung-jawab.
Semua itu akhirnya bertemu pada satu titik iaitu:
KE-PERCAYA-AN.

36.0
Hari ini kita juga mendengar satu suara yang semakin kuat dalam masyarakat Melayu.
Suara yang mahukan penyatuan dan kesatuan.
Kita jangan abaikan suara itu.
Kita jangan terlalu sibuk dengan per-te-ling-kahan, sehingga kita gagal men-dengar, apa yang rakyat sedang seronok bercakap.
Ramai orang Melayu yang sudah letih melihat per-pe-ca-han.
Ada yang bertanya, mengapa per-bezaan politik, terus dijadikan alasan untuk kita saling menjauh.
Ada yang mahu melihat pemimpin Melayu mencari lebih banyak titik per-samaan daripada alasan untuk terus ber-tembung.

Puteri mesti mendengar keresahan itu.
Tetapi kita juga harus faham, bahawa penyatuan tidak boleh dibina hanya dengan menyeru:
“Mari kita bersatu.”
Penyatuan yang mahu bertahan juga me-mer-lukan KE-PERCAYA-AN .
Kalau rakyat tidak percaya kepada kita, seruan penyatuan hanya tinggal seruan.
Kalau antara pemimpin sendiri tidak ada kepercayaan, kesatuan mudah pecah, apabila kepentingan berubah.
Dan kalau penyatuan hanya dibina atas ketakutan kepada orang lain, ia tidak akan mem-beri-kan asas yang kukuh untuk masa depan.

37.0
Sebab itu kita perlu bina Politik Ke-percaya-an.
Politik yang mem-buat-kan rakyat kembali yakin bahawa per-juangan kita bukan semata-mata tentang siapa men-dapat kuasa.
Tetapi tentang siapa, yang benar-benar mampu menjaga kepentingan mereka.
Siapa yang boleh dipercayai.
Siapa yang boleh bekerja.
Siapa yang sanggup meletakkan ke-pentingan rakyat, mengatasi kepentingan diri.
Dan siapa yang mem-punyai, keberanian untuk mencari titik pertemuan….apabila keadaan menuntut kita bersatu.

38.0
Puteri harus menjadi jambatan yang menyatukan, bukan tembok yang terus memisah-kan.
Jambatan antara generasi.
Jambatan antara parti dengan wanita muda.
Jambatan antara akar umbi dengan meja pembuat keputusan.
Dan apabila ke-pentingan orang Melayu me-merlukan kita mencari titik persamaan , kita juga mesti mem-punyai keberanian, menjadi jambatan antara mereka yang mungkin pernah berbeza.
Kerana berbeza tidak semesti-nya bermusuh.
Bersaing tidak semesti-nya membenci.
Dan politik tidak seharusnya memaksa, kita mewariskan, semua dendam semalam kepada generasi esok.

39.0
Puteriku sekalian,
Kita tidak mahu orang men-yokong kita hanya kerana mereka marah kepada orang lain.
Kita tidak mahu orang me-milih kita hanya kerana mereka takut kepada pilihan yang lain.
Kita MAHU apabila mereka melihat Puteri…
Mereka melihat ke-mampuan.
Mereka melihat ke-jujuran.
Mereka melihat ke-beranian untuk menyatukan.

Dan akhir-nya mereka berkata:
“Aku percaya kepada mereka.”
Itulah… Politik Ke-percaya-an.
Itulah… politik yang Along mahu generasi kita bina.
Itulah… politik yang boleh men-guat-kan parti.
Itulah… politik yang boleh me-rapat-kan masyarakat.
Dan along percaya…
Itulah politik masa depan.
Kerana…. PUTERI ADALAH MASA DEPAN!
Biduk belayar ke Kuala Sedeli,
Layar berkembang disapa bayu;
Yang diwariskan bukan sekali,
Maruah bangsa, perjuangan Melayu.

Patah kemudi diganti dayung,
Surutnya air menanti pasang;
Selagi Puteri teguh bernaung,
Warisan dijaga, zaman mendatang.

Tirai berlabuh di balai budiman,
Fajar menyingsing menyeri bumi;
Puteri adalah masa depan,
Masa depan itu bermula kini.

40.0
Kalau orang kata Puteri masih muda??
Kita jawab dengan KEBERANIAN!
Kalau orang kata Puteri belum bersedia??
Kita jawab dengan KEMAMPUAN!
Kalau orang kata Puteri hanya pelengkap??
Kita jawab dengan KEPIMPINAN!
Kerana masa depan bermula sekarang!
KAMI BERSEDIA!
KAMI BERSAMA!
KITA BINA MASA DEPAN!
Kerana… KITALAH…. MASA DEPAN
PUTERI ADALAH MASA DEPAN!
PUTERI ADALAH MASA DEPAN!
INI ZAMAN KITA!
Wabillahi taufik wal hidayah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO