Menerima Kunjungan Kerja Naib Menteri Parlimen Ekonomi, Perdagangan Dan Industri Jepun

KUALA LUMPUR 26 Ogos– Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan kerja Naib Menteri Parlimen Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun TYT KOMORI Takuo bersama delegasi di MITI hari ini. Pertemuan ini memberi peluang untuk memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Jepun yang telah lama terjalin, khususnya dalam bidang automotif, semikonduktor, tenaga dan teknologi baharu.

