Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan

SEREMBAN 18 Ogos–Menteri Besar negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim semasa menghadiri Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan yang Ke-16 selesai berlangsung hari ini.
Antara agenda penting hari ini ialah upacara mengangkat sumpah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), serta pemilihan dan pelantikan YB Dato’ Seri Dr. Hj. Awaludin bin Said sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan yang baharu. Turut dilantik ialah YB Kamarol Ridzuan Mohd Zain, sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan.
