Ziarah Prihatin Bertemu Masyarakat

GERIK 16 Ogos — Setiausaha Agong UMNO Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluangkan masa di Gerik di DUN Pengkalan Hulu dan DUN Temengor bersama masyarakat tempatan.Pelbagai aktiviti antaranya merasmikan Program Sukan Ria Merdeka Taska Pengkalan Hulu , Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma anjuran Institut Jantung Negara (IJN) bersama RHB Bank dan juga mengadakan program Ziarah Prihatin menziarahi penduduk yang uzur, ditimpa musibah serta menyampaikan beberapa bantuan kepada penuntut IPTA.

