Penyerahan Geran Usahawan Makmur Dan Transformasi Produk Usahawan

BENTONG 12 Ogos–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan Geran Usahawan Makmur dan Transformasi Produk Usahawan di bawah SIRIM Technopreneur Enterprise Program (STEP) Siri 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong.
Program ini merupakan satu inisiatif yang amat baik dalam memperkasa golongan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Negeri Pahang. Sokongan yang diberikan bukan sekadar dari aspek kewangan, malah turut membantu usahawan meningkatkan kualiti produk, penjenamaan, pembungkusan, reka bentuk serta penampilan produk agar lebih berdaya saing dan mampu menembusi pasaran yang lebih luas.

