Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp

KUALA LUMPUR 12 Ogos–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Puan Biruntha Mooruthi bersama delegasi bagi membincangkan perkembangan Veteran MyWira dan usaha memperkukuh transisi kerjaya kedua anggota ATM.
Antara yang dibincangkan ialah pemetaan kepakaran anggota kepada sektor industri dan laluan pensijilan termasuk SKM, supaya kemahiran sepanjang perkhidmatan dapat dimanfaatkan dalam kerjaya kedua.

