Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara YP Advanced Skills Bersama GFM Services Berhad

KUANTAN 10 Ogos–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara YP Advanced Skills bersama GFM Services Berhad di bawah inisiatif Jaminan Kerjaya 2026 di sini hari ini.
Kerjasama ini merupakan satu langkah strategik dalam mewujudkan rangka kerja bagi pembekalan tenaga kerja berkemahiran daripada pelbagai bidang, selain memperkukuh peluang penempatan kerjaya dalam sektor industri yang bersesuaian.

