25 Tahun Puteri UMNO: Dari Pelengkap Kepada Penggerak
HARI bermakna buat Puteri UMNO.
Usianya telah menjelang ke usia matang 25 tahun. Kalau usia begini, seorang anak gadis sudah layak memikul banyak tanggungjawab, menjadi seorang anak, pekerja, seorang isteri mahupun seorang ibu.
25 tahun yang digarap ini tidak mudah, penuh dengan liku melalui 6 Ketua Puteri UMNO yang membawa perubahan serta style masing masing. Dan pada tahun Puteri UMNO ini sudah memasuki usia ke 25 tahun, dibawah kepimpinan Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, dua orang YB dari sayap Puteri UMNO telah dilahirkan.
YB Iqa dari Serom & YB Maira dari Labu.
Dua duanya aku lihat sendiri bagaimana tenaga keringat setiap EXCO Puteri dan juga ahli Puteri yang hadir membantu di dua DUN ini dikerah sehabisnya untuk memenangkan calon Puteri. Tak main main, pagi petang siang malam mereka memerah otak dan keringat nak bagi calon Puteri lepas menjadi YB dengan jayanya.

Credit ini aku harus beri sepenuhnya kepada Datuk KPUM. Tugas berkempen ini bukan sekadar fokus memberi flyers dan berjumpa dengan pengundi, tetapi komunikasi serta toleransi untuk memberi kemenangan itu juga aku nampak dimainkan sangat baik oleh Datuk KPUM. Justeru itu, ada sahaja idea serta jalan untuk kita tembus bagi memenangkan Puteri UMNO. Apa pun jalannya, apa pun metodnya, kita langgar asalkan kita menang! Ya, dan dua calon YB di atas itu menang dengan bergayanya!
Manis sambutan Puteri UMNO yang ke 25 kali ini. Dengan pertambahan ahli Puteri yang tak putus putud berminat untuk mendaftar menjadi ahli turut juga mengukir senyuman kami di barisan EXCO. Seronok tengok adik adik GenZ pakat daftar dan datang ke program anak muda. Lagi best, mereka tidak sorok sorok untuk post yang mereka ahli Puteri UMNO! Akak salute korang dik! Korang memang slay!
Apa apa pun, 25 tahun yang tak mudah, penuh dengan suka duka tangis bahagia, tetapi Puteri UMNO kekal utuh menjadi pelengkap parti bukan semata hiasan, tetapi menjadi tiang rumah bangsa yang kita semua sayangi.
Percayalah, tanpa “tiang” Puteri UMNO ini, maka tak lengkaplah kejayaan parti UMNO hari ini
Korang pulak macam mana? Cuba post pasal Puteri UMNO dari pengalaman korang pulak! Kita jemput je semua mantan-mantan ataupun ahli Puteri aktif semuanya la yang pernah bergelar Puteri UMNO sharekan posting korang di media sosial!
Kita boost semangat PAU sikit kemonnnn!
Terus mekar Puteri UMNO, mekar semekarnya dan terus menjadi pemangkin kepada wanita muda di luar sana untuk percaya politik dan mampu berdaya saing dengan cara yang tersendiri!
Selamat Menyambut Ulang Tahun Puteri UMNO yang ke 25!
Sekali Puteri, Selamanya Puteri!

Shamellya Norazizi
Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
