Usul Yang Seakan Punya Agenda Peribadi Tersembunyi
KUALA LUMPUR, 11 April – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas usul yang mahu menghadapkan Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Menurut beliau, sehari sebelum pembentangan Kertas Putih Felda itu, laman web Parlimen telah pun mengeluarkan isi kandungan dokumen tersebut maka sebenarnya tidak timbul isu melanggar embargo kerana dokumen ini telahpun menjadi dokumen umum.Usul yang dikemukakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong seakan mempunyai agenda peribadi yang tersembunyi.- Foto: MediaUMNO