Kunjungan Hormat Duta Besar Itali ke Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Jun–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Duta Besar Itali ke Malaysia, TYT Raffaele Langella, di Wisma Pertahanan.
Pertemuan ini merupakan yang pertama sejak beliau memulakan tugas di Malaysia tahun lalu. Malaysia dan Itali sememangnya telah lama menikmati hubungan persahabatan yang erat, termasuk dalam konteks pertahanan.

