Wanita BN Perkemas Gerak Kerja, Persiapan Hadapi PRN

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Wanita Barisan Nasional (BN) pada semalam mengadakan mesyuarat bagi membincangkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain memperkukuh penyelarasan gerak kerja jentera wanita di semua peringkat.

Setiausaha Wanita BN, Senator Datuk Rosni Sohar berkata mesyuarat tersebut menjadi platform penting untuk memperkemas strategi serta memastikan kesiapsiagaan jentera parti dalam menghadapi PRN.

“Dengan semangat kebersamaan dan keyakinan terhadap kepimpinan parti, Wanita BN akan terus memperkukuh gerak kerja di setiap peringkat serta menjadi tulang belakang jentera parti dalam menghadapi medan demokrasi di Johor dan Negeri Sembilan tidak lama lagi.

“Kesatuan, disiplin dan kerja keras seluruh jentera akan menjadi kunci untuk memastikan Barisan Nasional terus mendapat mandat rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu mesyuarat yang diadakan di Menara Dato’ Onn itu dipengerusikan oleh Pengerusi Wanita BN yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan dihadiri oleh Ketua-Ketua Wanita daripada parti-parti komponen BN dan Friends of BN. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO