Hubungan Malaysia – India Bukan Baharu Sudah Terjalin Lama – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Kementerian Luar Negeri menegaskan hubungan Malaysia dan India bukannya perkara baharu dan telah lama berlaku.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata terutamanya hubungan diantara ‘people to people’ sudah lama berlaku sebelum hubungan diplomatik dua hala.

“Hubungan diplomatik dua hala dibuat secara rasmi pada tahun 1957 lagi. Kedatangan Perdana Menteri India di Malaysia merupakan usaha untuk merapatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara.

“Ia merupakan lawatan balas Perdana Menteri India sempana lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India pada hujung tahun 2024. Banyak perkara terutamanya hubungan dagang sudah hampir mencecah 19 bilion USD.

“… dan merupakan lebihan dagangan kepada Malaysia dan menguntungkan negara ini kerana India banyak mengimport banyak barang-barang dari Malaysia berbanding Malaysia membeli barangan dari India,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab persoalan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng menyatakan hasil perdaganagan dan keselematan serantau susulan lawatan Perdana Menteri India baru-baru ini ke Malaysia dan sejauh manakah langkah-langkah bersama yang boleh di ambil Malaysia dan India terhadap pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat dan usaha memulihkan demokrasi dan keamanan di Myanmar.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau menjelaskan kebanyakkan barangan yang di eksport ke India adlaah berbentuk minyak kelapa sawit dan juga barang-barang elektronik serta barang-barang semi konduktor dan industri dari India.

“Ini merupakan asas kukuh yang telah diasaskan tetapi bagaimana Malaysia dan India memperkasakan lagi hubungan dagang, keselamatan dan juga siber sekuriti. Kita juga menyelaras dan memudah cara bagi pelancong-pelancong kedua buah negara ini dapat kemudahan asas untuk memudahkan mereka melawat Malaysia dan sebaliknya.

“Pelancong yang datang ke India ke Malaysia pada tahun lepas seramai 1.56 juta. Negara ini telah menjadi kedatangan pelancong paling ramai di Asia Tenggara seramai 40 juta dan mengatasi Tahiland. Ini merupakan satu sumber ekonomi yang besar pada negara ini,” katanya lagi.

Tambah Mohamad, hasil dari industri ini membawa banyak hasil kepada negara dan industri pelancongan ini perlu urus dengan baik dan mahu melihat sempena Tahun Melawat Malaysia mahu melihat kedatangan melebihi daripada tahun lepas.

Dalam masa yang sama kata Timbalan Presiden UMNO menjelaskan terdapat banyak persamaan antara Malaysia dan India terutamanya dari segi keselamatan memperbaiki jet pejuang Sukhoi.

“Kita mempunyai aset-aset TUDM terutamanya dan dipanggil The Sukhoi Club serta membincangkan cara mana hendak menghantar dan hubungan MRO kerana India mempunyai aset Sukhoi yang banyak serta berhasil mengeluarkan alat ganti Sukhoi.

“Malaysia mengalami masalah ‘service engine’ jet pejuang Sukhoi ke Rusia. India memberi satu peluang untuk negara menghantar dan memulihkan jet pejuang Sukhoi di India,” ujarnya. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO