Noraini Hargai Sokongan Kepimpinan, Calon Wanita Ada Kekuatan Tersendiri
KALABAKAN, 16 Nov – Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menzahirkan penghargaan kepada barisan kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) yang memberi kepercayaan kepada lima calon wanita untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Jelasnya, sokongan Pengerusi BN Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin serta kepimpinan parti menunjukkan keyakinan terhadap kemampuan wanita membawa kemenangan dalam PRN kali ini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi BN Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar serta semua kepimpinan parti yang memberi kepercayaan kepada lima calon wanita. Tiga calon adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
“Saya melihat bahawa tokoh-tokoh ini sangat berpotensi untuk diketengahkan serta yakin mereka (calon) akar dapat memenangi pilihan raya ini. Mereka mempunyai kekuatan disetiap tempat dan paling penting adalah gerak kerja yang dilakukan Wanita tempatan dan juga yang membantu. Wanita sangat bersemangat dan mahu calon-calon ini menang disetiap DUN yang ditandingi dengan menang bergaya.
“Saya mohon kepada semua pengundi DUN Kukusan, undilah calon ini Chaya Sulaiman. Sememangnya beliau (Chaya) ada jasanya dan sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat akan melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya serta akan membantu seramai rakyat di DUN Kukusan ini,” katanya kepada UMNO Online.
Tambahnya, walaupun Chaya kalah sedikit undi pada PRN lalu dan sekarang ingin menebus maruah BN maka berharap pengundi DUN Kukusan memberi peluang kepadanya.
Mengulas lanjut, Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO menjelaskan bahawa jentera wanita disetiap bahagian telah diberikan latihan yang teratur untuk membantu semua calon BN tanpa mengira kawasan.
“Jentera Wanita UMNO/BN berada disemua tempat kawasan tumpuan dan telah diberi latihan untuk membantu semua calon-calon BN. Kita percaya wanita UMNO/BN sebagai satu jentera yang setia, kuat semangat dan rajin serta mahu melihat BN kembali menjadi dominan di Sabah ini.
“Jentera ini harus bersepadu dan bukan hanya jentera wanita melakukan tugasannya, tetapi jentera-jentera lain diperlukan untuk pastikan mana-mana calon menang. BN mempunyai satu struktur malah struktur BN bukan hanya di atas saja tetapi ianya sampai ke akar umbi dan semua mempunyai peranan masing-masing.”
Ujarnya, sekiranya semua menjalankan peranan, berpadu hati serta melaksanakan kerja bersama-sama maka kemenangan akan mampu dicapai. – UMNO Online
