RUU URA: Suara Akar Umbi Ke Pentas Nasional, Bekerja Dengan Fakta Bukan Emosi

KUALA LUMPUR, 7 Okt – Ketua UMNO Bahagian Selayang, Datuk Hasnal Rezua Merican menyifatkan penganjuran Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar (PSB/URA) telah membuka mata banyak pihak sehingga mencetuskan gelombang kesedaran di peringkat nasional.

Beliau yang juga pengamal undang-undang berkata, sehinggakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan penangguhan bacaan kali kedua RUU URA di Parlimen yang dijadualkan pada 6 Okt 2025.

“Suatu keputusan yang menunjukkan bahawa suara rasional dan hujah bernas masih menjadi faktor penting dalam pembentukan dasar negara.

“UMNO menggunakan pentas yang betul, mekanisme rasmi dan pendekatan profesional untuk menyampaikan solusi bukan sekadar bantahan. UMNO work smart not work hard.

“Ini bukan soal menentang pembangunan tapi memperbetulkan. Bukan soal politik tapi soal tanggungjawab. Inilah beza perjuangan yang berakar pada pengalaman dan disiplin bernegara. UMNO suara kestabilan dalam mendepani setiap cabaran negara.

“Saya membawa suara undang-undang dan suara akar umbi di tengah gelora RUU URA. Saya teruja dengan keterlibatan dan menjadi sebahagian pendesak menjurus kepada penangguhan ini. Tahniah UMNO,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Hasnal dalam pada itu turut berkongsi pengisiannya yang disampai ketika konvensyen tersebut daripada sudut pandang perundangan dan keselarasan dengan akta-akta sedia ada seperti Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Pembangunan Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267) dan lain-lain.

Katanya RUU URA berpontensi bertindih dan mengelirukan perlaksanaan perundangan sedia ada sekaligus menimbulkan risiko kepada hak pemilik asal dan kesinambungan tadbir urus tempatan.

“Sedangkan Akta 172 cukup konklusif, komprehensif dan polisi centre. Sepatutnya URA ini diwartakan sebagai Akta kecil di bawah Akta 172 Akta Perancang Bandar dan Desa. Bukan berdiri sebagai akta yang baru.

“Di hujung pembentangan, saya telah membuat stand yang tegas tetapi beprinsip “RUU URA sepatutnya ditolak dan tidak diwartakan,” tegas beliau. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO