Johari Tegaskan Tiada Eksport Mentah REE, Fokus Manfaat Ekonomi Negeri
KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengambil maklum penubuhan entiti tunggal seperti Petronas bagi mengawal selia dan membantu industri REE.
Menterinya, Datuk Seri Johari Ghani berkata, dalam platform perbincangan dan libat urus sebelum ini terdapat beberapa pihak menyatakan bantahan kepada cadangan ini.
“Ianya dilihat sebagai cubaan menasionalkan dan pengurusan petroleum negeri adalah berbeza dengan pengurusan hal ehwal tanah yang diletakkan di bawah bidang kuasa negeri. Ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Sebarang bidang negeri meliputi permit dan lesen untuk carigali bagi lombong, pajakan dan melombong perakuan melombong.
“Ia sangat berbeza dengan kerana bersangkut paut dengan kerajaan negeri dengan akta yang spesifik dalam konteks ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika penggulungan perbahasan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) di Dewan Rakyat, semalam.
Sehubungan ini kata Naib Presiden UMNO itu, berkata mengenai nadir bumi, negara melarangkan eksport mentah yang berkuat kuasa.
“Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam menegaskan dalam rundingan tariff perdagangan dengan Amerika Syarikat, bahawa Malaysia tidak pernah menawarkan pengeksportan mentah (REE) sebagai timbal balas atau syarat bagi pengurangan tarif perdagangan, lebih-lebih lagi membekalkan REE ekslusif kepada Amerika Syarikat dan rundingan tarif tidak melibatkan komitmen membekal REE,” katanya lagi.
Seterusnya kata Ahli Parlimen Titiwangsa, jangka panjang nadir bumi akan mengambil kira kepentingan dengan kerajaan negeri termasuk limpahan manfaat ekonomi seperti pembinaan logi pembersihan,RnD insfrastruktur dan hasil keuntungan dikembalikan ke negeri tersebut.
“Kerajaan Persekutuan sentiasa menghormati bidang kuasa kerajaan negeri berhubung urusan tanah dan mineral sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kerajaan telah merangka jangkaan panjang yang jelas untuk membangunkan industri nadir bumi secara menyeluruh selaras dengan hala tuju yang telah dipersetujui di peringkat Majlis Tindakan Ekonomi Negara.
“Sebarang dasar atau mekanisme hasil REE akan dirumus dan diputuskan secara inklusif melalui majlis mineral negara yang berperanan sebagai platform utama bagi libat urus dan penyelerasan antara kerajaan persekutuan dan negeri-negeri,” ujarnya. – UMNO Online