Laporan Polis Terhadap Lim Guan Eng
JOHOR BAHARU 7 Mac–Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor Mohd Hairi Mad Shah bersama kepimpinan Pemuda UMNO, MIC, MCA & PAS hari ini mengambil pendirian dan sepakat membuat laporan Polis bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini menggambarkan perpaduan ummah di antara UMNO-PAS sebagai ‘perang’ kepada orang bukan Melayu merupakan satu kenyataan yang berniat jahat, menghasut dan membakar perpaduan kaum di negara ini.