Tindakan Provokasi Jentera PH, Ingkar Arahan SPR
SEMENYIH, 2 Mac – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dicemari sikap biadap jentera Pakatan Harapan (PH) apabila mereka mencetuskan provokasi.
Suasana panas yang berlaku di pusat pengundian Sesapan Batu Rembau itu terjadi apabila PH menaikkan banner provokasi yang jelas melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 seksyen 11 (1) (C).
Jentera Barisan Nasional (BN) yang tidak berpuas hati telah laporan kepada SPR.
Cubaan petugas SPR untuk menurunkan kain rentang provokasi tersebut dihalang jentera PH malah hampir berlaku tumbuk-menumbuk.
Mereka mempertahankan tindakan menggantung kain rentang tersebut yang tertera gambar isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan perkataan provokasi.
Petugas SPR akhirnya membuat keputusan untuk tidak menurunkan kain rentang tersebut atas faktor keselamatan.
Difahamkan SPR akan membuat laporan polis berhubung perkara itu. – MediaUMNO