PRK Penentu Masa Hadapan Pembangunan Warga Ayer Kuning

TAPAH, 23 April – Naib Ketua UMNO Bahagian Tapah, Safri Mohamad Salih menyeru pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning untuk menunaikan tanggungjawab pada 26 April ini.

Beliau berkata ini kerana ia sebagai penentu kepada pembangunan kawasan untuk manfaat masa hadapan yang lebih baik.

“Menyeru semua masyarakat yang di kawasan DUN Ayer Kuning ini untuk keluar beramai-ramai pada tarikh 26 April 2025 bagi menunaikan tanggungjawab sebagai lrakyat Malaysia untuk keluar mengundi.

“Saya harap pengundi-pengundi di kawasan (DUN) Ayer Kuning ini dapat mengekalkan kerajaan yang telah pun dipilih dalam Pilihan Raya Umum yang lalu,” katanya ketika ditemui UMNO Online baru-baru ini.

Susulan itu, katanya, pengundi perlu membuat keputusan terbaik untuk memilih pemimpin berkualiti dengan mengekalkan penguasaan BN di kerusi ini.

“Saya harap rakyat bijak memilih yang mana kerajaan yang ada pada hari ini telahpun menunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin menjaga rakyat di dalam negara ini teringat juga rakyat negeri Perak.

“Kita sudah melihat kerajaan Negeri Perak yang ada pada hari ini sentiasa berusaha untuk memastikan kesejahteraan rakyat negeri Perak ini dapat dijaga dengan baiknya Jadi untuk itu saya harap pengundi-pengundi DUN Ayer Kuning,” ujar beliau.

Untuk rekod calon BN, Dr Ustaz Yusri Bakir berdepan dengan dua saingan antaranya daripada Perikatan Nasional dan Parti Sosialis Malaysia.

PRK DUN Ayer Kuning ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu selepas menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit