PRK: Pemuda UMNO Negeri Sembilan Terus Fokus Dekati Pengundi

TAPAH, 20 April – Pemuda UMNO Negeri Sembilan meluaskan gerak kerja kempen memasuki minggu kedua sempena Pilihan Raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Ketuanya, Mohamad Fadil Md Zin memaklumkan jentera dari negeri itu ditugaskan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Batu Tiga dan Kampung Batu Masjid melalui agihan tugasan bagi mendapatkan pengundi untuk menyampaikan aspirasi Barisan Nasional (BN) pada PRK ini.

“Pemuda UMNO Negeri Sembilan telah berada di DUN Ayer Kuning kami ditugaskan menjaga PDM Kampung Batu Tiga dan Kampung Batu Masjid sejak awal penamaan calon.

“Tugasan yang kami buat adalah bergilir-gilir mengikut pecahan empat bahagian dan sepanjang tempoh bertugas di PDM ini reaksi anak muda kami lihat semakin baik.

“Kami ditugaskan menjejak pengundi hitam dan yang pengundi yang tidak dapat dikesan.

“Alhamdulillah yang kami hubungi pengundi hitam, majoriti nya mereka mengenali calon Ustaz Dr Yusri. Ini adalah tanda aras positif kepada BN dan kami yakin pada 26 April Dr Ustaz Yusri diangkat sebagai wakil rakyat,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban berkata pihaknya mendapat kerjasama yang baik daripada jentera tempatan khususnya Pemuda terutama dalam mendapatkan maklumat berkenaan trend di setiap PDM yang berbeza mengikut kawasan.

Mohamad Fadil dalam pada itu percaya dengan gerak kerja tersusun dilakukan jentera parti terutama sayap dalam mendekati seramai mungkin pengundi akan memberikan kemenangan kepada BN.

“Alhamdulillah kerjasama daripada Pemuda Tapah cukup baik kepada kami malahan mereka mengutarakan beberapa cadangan kepada kita untuk dijalankan gerak kerja untuk dijalankan di kawasan ini kerana mereka lebih mengenali kawasan di PDMyang kami jaga kerana mereka adalah orang tempatan.

“Bermaksud Pemuda UMNO Tapah selama ini sudah menjalankan kerja selama in sebab tanpa gerak kerja awal yang mereka buat tidak mungkin mereka tahu situasi setiap PDM sebab PDM lain caranya, dan mereka nyatakan awal kepada kami supaya kami bersiap sedia gerak kerja tertentu,” ujar beliau.

Untuk rekod calon BN, Dr Ustaz Yusri berdepan tiga penjuru iaitu dengan wakil Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Dr Ustaz Yusri, 54 tahun yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah pertama kali bertanding pada pilihan raya ini, beliau adalah bekas pensyarah di IPG Kampus Ipoh yang telah berkhidmat sejak 2007.

Merupakan Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Tapah, beliau mempunyai empat anak berusia antara 20 hingga 28 tahun hasil perkongsian hidup dengan isteri, Rosnani Mahmud, 52.

PRK DUN Ayer Kuning ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu selepas menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit