UMNO Rantau Panjang Prihatin, Sumbang Peralatan Audio Untuk Kegunaan Ramadan
RANTAU PANJANG, 4 Mac – Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Akbar Salim menyampaikan sumbangan berupa peralatan audio kepada Madrasah Ar-Rahman, di Simpang 3 Paloh, Chicha Tinggi, bagi kegunaan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan.
Menurutnya, sumbangan ini dapat memberi manfaat yang besar bagi memastikan para jemaah dalam menunaikan ibadah dengan lebih selesa.
“Sumbangan ini bertujuan untuk kegunaan solat tarawih yang diadakan sepanjang bulan Ramadan. Peralatan ini dijangka memberi manfaat besar kepada para jemaah yang hadir menunaikan solat tarawih, membolehkan mereka mengikuti bacaan dengan lebih jelas dan lancar.
“Dengan adanya sumbangan ini, pihak pengurusan madrasah dapat menggunakan peralatan audio tersebut bagi meningkatkan mutu kelancaran ibadah, terutamanya dalam penyampaian bacaan imam lebih jelas didengar serta pengumuman penting kepada jemaah.
“Inisiatif yang dilakukan mencerminkan kepedulian terhadap keperluan institusi keagamaan dalam menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada masyarakat. Semoga sumbangan ini dapat digunakan dengan sebaiknya dan memberi manfaat,” katanya.
Seterusnya kata Akbar Salim, inisiatif ini mencerminkan komitmen terhadap kesejahteraan mesyarakat dan kepedulian terhadap keperluan institusi agama.
“Langkah ini mencerminkan kepedulian terhadap institusi keagamaan dalam menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada masyarakat.
“Sumbangan ini disambut baik oleh pihak madrasah dan para Jemaah yang menyifatkan sebagai langkah positif dalam mempertingkatkan kemudahan ibadah di kawasan ini,” jelasnya. – UMNO Online