PRK Nenggiri: Buat Pilihan Yang Bijak Pilih Awie, Jangan Tersalah Undi – Musliati

GUA MUSANG, 15 Ogos – Dengan hanya berbaki dua hari tempoh berkempen bakal berakhir, rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri kini bersiap sedia untuk menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya pada Sabtu ini.

Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Muslimin memberikan pesanan penting kepada para pengundi di Nenggiri agar memilih pemimpin yang bijak dan mampu membawa perubahan untuk kesejahteraan kepada rakyat di kawasan ini.

“Saya berpesan kepada semua pengundi-pengundi DUN Nenggiri agar buat pilihan yang bijak untuk memilih calon kali ini. Jangan buat pilihan yang salah sebab kita perlukan ‘Yang Berhormat’ boleh memberi kekuatan terbaik untuk DUN ini.

“Saya lihat di sini banyak lagi pembangunan yang perlu dibawa. Hanya calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang boleh membawa pembangunan ini kerana beliau akan berhubung terus antara kawasan ini dengan peringkat pusat,” katanya ketika ditemui UMNO Online di kawasan kempen pilihan raya.

Mengulas lanjut Musliati juga menyeru pengundi-pengundi yang berada di luar Nenggiri agar pulang melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada PRK ini.

“Pada pengundi-pengundi luar daripada DUN Negeri yang tinggal di serata negara di seluruh Malaysia, kita mengharapkan mereka balik dan menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Berilah peluang pada calon BN ‘budak Awie’ untuk diberi mandat menjadi ‘Yang Berhormat’ dan juga ‘Yang Berkhidmat’ di DUN Nenggiri ini,” katanya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos.

PRK Nenggiri diadakan selepas Yang Dipertua DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah pada 19 Jun lalu mengumumkan kekosongan kerusi selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian Bersatu apabila menyokong Kerajaan Perpaduan.

Pada PRN Ogos tahun lalu, Mohd Azizi menang dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi berbanding calon BN, Ab Aziz Yusoff yang memperoleh 5,707 undi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.