Sokongan Meningkat Untuk Awie, Nenggiri Jadi Medan Penting BN – Shafie Abdullah
GUA MUSANG, 15 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai Awie menerima sokongan luar biasa di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jeram Tekoh dan seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Shafie Abdullah sambutan ini menunjukkan perubahan sikap pengundi yang sebelum ini kurang berpuas hati dengan UMNO/BN, kini kembali memberikan sokongan penuh kepada Awie.
“Setakat ini sambutan di PDM Jeram Tekoh terhadap calon BN Awie cukup-cukup baik dan kempen ini telah dijalankan oleh ramai pihak dengan ‘feedback’ memberangsangkan. Dulunya, ramai yang tidak puas hati dengan UMNO/BN tapi sekarang ini mula sedar dan mahu menyokong Awie pada sabtu ini.
“Awie sebenarnya cukup popular di kawasan ini. Beliau telah beri ‘service’ cukup lama malah pergi ke mana-mana tempat pengundi akan mengatakan calon BN amat baik dan jenis yang berkerja. Kita nampak peluang untuk menang di PDM Jeram Tekoh ini dan ianya hampir pasti.
“PRK bagi DUN Nenggiri ini merupakan pilihan raya yang cukup penting bagi BN. Ia boleh menjadi ‘tunning point’ kepada BN di negeri Kelantan. Sekarang ini ada dua kerusi DUN di Kelantan dan ini adalah PRK pertama di negeri ini,” katanya ketika ditemui UMNO Online di PDM Jeram Tekoh, di sini.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju menyeru pada pengundi agar jangan melepaskan peluang keemasan dan akan rugi sekiranya tidak memilih Awie.
“Rugi sekiranya masyarakat Nenggiri tidak memilih Awie dan mereka mesti menolong diri mereka agar memilih Awie dengan cara ini bukan hanya menolong dirinya malah turut membantu semua lapisan masyarakat untuk masa depan.
“Sekiranya rakyat Nenggiri tidak memilih Awie bermakna malanglah… malanglah kerana peluang sudah diberikan pada mereka sebab Allah SWT memberi ‘second chance’ sebab yang ‘first chance’ tersalah plih.
“Ini adalah peluang kedua rakyat Nenggiri buat keputusan memilih pemimpin mereka dan masih tidak sedar lagi yang peluang kedua sudah diberikan dan memilih orang lain ‘that’s to bad’,” jelasnya.
Shafie percaya bahawa kehadiran Awie sebagai wakil rakyat akan mempercepatkan penyelesaian isu-isu setempat.
“Dengan sokongan daripada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, di bawah pimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, kawasan Nenggiri berpeluang menikmati pembangunan yang lebih pesat.
“Banyak fasiliti boleh dimohon secara langsung dari pihak sana untuk menyelesaikan masalah di sini. Dengan adanya Awie sebagai ‘penyambung lidah’ rakyat Nenggiri maka nikmat ini akan dinikmati oleh masyarakat di sini,” ujarnya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos.
PRK Nenggiri diadakan selepas Yang Dipertua DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah pada 19 Jun lalu mengumumkan kekosongan kerusi selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian Bersatu apabila menyokong Kerajaan Perpaduan.
Pada PRN Ogos tahun lalu, Mohd Azizi menang dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi berbanding calon BN, Ab Aziz Yusoff yang memperoleh 5,707 undi. – UMNO Online