PRK Nenggiri: Rugi Sekiranya Pengundi Tidak Mengundi Awie – Adri Adha

GUA MUSANG, 12 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bukit Gantang, Muhammad Adri Adha Mohd menjelaskan rugi sekiranya rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri tidak memilih calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani pada 17 Ogos nanti.

Ini kerana katanya, sekiranya rakyat memilih Azmawi atau lebih dikenali sebagai Awie sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu, beliau mampu menjadi suara penghubung antara rakyat Nenggiri dengan kerajaan pusat.

“Rugi pada rakyat DUN Nenggiri sekiranya tidak mengundi di Awie menjadi ADUN di Nenggiri ini kerana beliau mampu menjadi penghubung, mengangkat suara rakyat Nenggiri.

“Saya yakin dengan Awie yang mempunyai imej perwatakan yang dibawa, berkredibiliti, mempunyai daya saing serta mampu mengangkat suara rakyat Nenggiri dan insya-Allah beliau boleh membawa kemenangan pada PRK ini.

“Kita memahami dengan jelas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu tidak memihak pada Kerajaan Perpaduan. Dengan adanya Awie di DUN Nenggiri ini, ia mampu membantu rakyat terutamanya dari segi pembangunan dan beliau ‘direct’ dengan kerajaan pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui UMNO Online di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Asap, di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos, manakala hari mengundi awal yang ditetapkan pada esok. 

Untuk rekod, PRK DUN Nenggiri adalah merupakan PRK pertama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan ke-15.

Seramai 20,259 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang terdiri daripada 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.