Gerak Kerja Berpasukan, Pelbagai Pendekatan Kempen… Insya-Allah Awie Diyakini Pengundi Nenggiri

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Pelbagai pendekatan kempen dan gerak kerja berpasukan dilihat mampu untuk meyakinkan pengundi dan masyarakat setempat bagi menyokong calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos nanti.

Keyakinan itu disuarakan Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang ‘berkampung’ bersama jentera tempatan dengan pelbagai pendekatan kempen dilaksanakan sebaiknya.

Bagi beliau ‘pakej’ yang ada pada calon BN, Mohd Azmawi atau lebih dikenali dengan panggilan Awie oleh masyarakat setempat merupakan nilai tambah kepada segala pendekatan bentuk kempen yang dilaksanakan.

“Kalau kita lihat hari ini ianya adalah satu gerak kerja yang sangat baik. Pada petang semalam kami selesai mengadakan ‘walkabout’ di Limau Kasturi dan kami mendapat respon yang baik, tidak ada sebarang permasalahan untuk menerima BN sekiranya kita kerja dengan lebih kuat.

“Dan juga kita peringkat Wanita, kita mendekati pengundi ini dengan cara kita berkempen seperti mana sebelum ini. Jadi inilah yang kita buat untuk kita memastikan PDM RPT Limau Kasturi dan Limau Kasturi menyumbang walaupun antara ia adalah satu PDM yang hitam kepada BN. Tapi sekurang-kurangnya hari ini kita lihat anak-anak muda semua bersama dengan kita dan saya yakin … berilah peluang kepada mereka untuk menjadikan Awie ini wakil rakyat di Neggiri,” katanya kepada UMNO-Online.

Kata beliau lagi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, pelaksanaan program santai bersama msyarakat setempat akan diteruskan seperti biasa termasuk pelbagai pendekatan lain sepanjang tempoh berkempen.

“Saya yakin dan percaya kalau kita kerja lebih kuat lagi, jentera-jentera dan anak-anak tempatan ini akan memberikan kerjasama yang baik kepada calon kita. Saya lihat ramai anak muda yang keluar bersama kita, mereka adalah anak muda yang akan mengundi.

“Jadi kita harap apa yang kita buat secara santai ini akan menghasilkan yang terbaik pada 17 Ogos nanti. Saya juga berharap anak-anak muda hari ini dan  masyarakat yang lain janganlah terpengaruh dengan media sosial yang menyebarkan berita-berita yang tidak betul,” ujarnya lagi. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit