Akar Umbi Parti Diseru Bawa Naratif Kebaikan, Beri Penerangan Sewajarnya Kepada Rakyat – Suraya

LIPIS, 31 Julai – Akar umbi parti diseru untuk untuk memainkan peranan masing-masing dalam membawa naratif kebaikan yang diketengah parti termasuk melalui info-info daripada Penerangan UMNO Malaysia, kata Setiausahanya Datuk Suraya Yaacob.

Beliau berkata ini termasuk mendapatkan maklumat dengan mudah menerusi pelbagai platfrom disediakan parti bagi memberikan pencerahan kepada rakyat terutama perkembangan pemimpin parti dalam mendekati rakyat.

“Tugas kita melangkaui tugas dan jawatan lain, walaupun tidak memegang sebarang jawatan tetapi berperanan dalam membawa maklumat kepada rakyat, komunikasi ini perlu kerana ahli memerlukan penerangan semasa oleh kita semua.

“Zaman sudah berubah dulu, suatu ketika dahulu ketua penerangan memang la kena bercakap selalu sebab tidak ada informasi di hujung jari tetapi pada hari ini, kita perlu menggunakan kepandaian dan kebijaksanaan untuk mengakses segala informasi.

“Masalah besar kalau semuanya asyik bertolak kepada orang lain, kini tidak lagi zaman telah berubah dan meletakkan peranan penerangan itu kepada semua ahlinya.

“Ahlinya yang mesti bertanggungjawab ilmu dan fakta mengenai UMNO ada di hujung jari. Semua perkara boleh kita perolehi daripada UMNO Online. Tidak ada parti yang ada semua benda dalam satu… mana mungkin kita boleh kata lagi tak tahu langsung mengenai UMNO. Itu tak masuk lagi BNComms dan semuanya ada di dalam tu,” katanya.

Suraya yang juga Ketua UMNO Bahagian Pendang berkata demikian pada perasmian penutupan Kursus Pengukuhan Komunikasi Penerangan UMNO Peringkat Kelantan di Lipis, pada Sabtu.

Dalam pada itu beliau berharap ahli parti untuk rasional bagi menepis sentimen emosi yang berupaya membawa impak negatif kepada gerak kerja parti.

Menurut beliau, sebaliknya perkara tersebut perlu diterjemah dengan mendekati rakyat secara berhemah dengan menyampaikan aspirasi parti keramat ini.

“Akses platform tersebut tanpa emosi kerana masalah besar kita semua ni sibuk dengan emosi. Kita yang patut main dengan emosi rakyat.

“Emosi itu kita yang pilih sama ada hendak ini ke kiri, ke kiri saja. Jadi kita berharap segala informasi yang diharap oleh anda boleh diperoleh dengan sahih melalui platform tersebut,” ujar beliau. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.