UMNO Tidak Pernah Khianati Sesiapa, Yakin Parti Ini Akan Bangkit Kembali – Dr Asyraf

JEMPOL, 22 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menasihati pada ahli parti agar jangan terlalu ekstrem berkawan ataupun bermusuh.

Jelas beliau ini kerana parti ini akan bangkit semula meskipun pernah dikhianati dan yakin akan kembali kuat seperti dulu.

“Saya yakin apabila UMNO berkawan tidak akan khianat orang. Saya percaya apabila parti ini kembali kuat sudah pasti akan parti lain yang mahu bersama UMNO dan tidak pernah tutup pintu pada sesiapa. Jangan kita ekstrem berkawan atau bermusuh.

“UMNO akan bangkit semula sekiranya kembali kepada asas semula dengan berbagai rintangan dan akhirnya UMNO jatuh. Takkan kita mahu mengulangi kesilapan yang lama dan kita perlu bangkit semula,” katanya.

Beliau berkata demikian pada siri Jelajah Penerbangan UMNO bersama akar umbi bahagian Jempol.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembulan, Datuk Ismail Lasim, Ketua UMNO Bahagian Jempol, Mustapha Nagoor, ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, kepimpinan UMNO bahagian dan ahli-ahli parti

Pada masa yang sama Dr Asyraf mengharapkan pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Jempol terus menyantuni dan menjaga anak-anak muda.

“Pemuda dan Puteri UMNO perlu bersama dengan anak-anak muda dan ramai anak-anak muda menyertai UMNO begitu juga dengan Parlimen lain. Sekiranya kita bersama dan menjaga anak-anak sekolah menengah ini pasti mereka akan bantu kita.

“Kita harus menjaga anak-anak muda yang tidak ada sentimen politik. Program turun ke sekolah bagi semua Parlimen dan terutamanya di Parlimen Jempol telah melaksanakan dengan jayanya,” katanya lagi.

Jelajah Penerangan UMNO Malaysia yang dicetuskan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said dan ternyata mendapat sokongan dari kepimpinan parti serta anggota di akar umbi.

Terdahulu, Majlis Pelancaran Jelajah Penerangan UMNO ini telah berlangsung pada 14 Mei lalu dengan disempurnakan oleh Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Ibu Pejabat UMNO. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.