Kepelbagaian Pendekatan Penting Untuk Berdepan Pilihan Raya Akan Datang – Sulaiman

TANJONG KARANG, 9 Jun – Media memainkan peranan besar dalam usaha membantu parti pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, demikian tegas Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Sulaiman Abdul Razak.

Menurut beliau, pendekatan terkini yang digariskan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said merupakan ‘blueprint’ kepada parti untuk langkah seterusnya.

“Pendekatan serta hala tuju ini cukup penting dan ianya merupakan ‘blueprint’ kepada UMNO untuk menangani perkara-perkara palsu pada PRU ke 16. Apa yang digariskan itu dapat diikuti untuk menuju ke pilihan raya dan terima kasih pada Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said yang berjaya mengupas isu semasa dan hala tuju UMNO.

“Kita ingin bangkit daripada kekalahan ini, media juga akan memainkan peranan penting dalam membalas hujah, penjelasan, keterangan atau pun maklum balas mengenai kebaikan kerajaan, dasar kerajaan, kepimpinan UMNO dan sebagainya.

“Seperti yang kita maklum UMNO Tanjong Karang kalah di Parlimen dan kedua-dua DUN dan pasti akan bangkit semula dan tidak boleh lagi dalam situasi kalah. Alhamdulillah… dengan adanya hala tuju yang baharu dari Penerangan UMNO yang boleh membantu UMNO Tanjong Karang. Antara punca media memainkan peranan yang besar dan jatuhnya UMNO dahulu kerana media,” katanya.

Beliau berkata demikian pada siri Jelajah Penerangan UMNO, bertempat di bangunan UMNO Tanjong Karang, petang semalam.

Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zin serta kepimpinan UMNO bahagian Tanjong Karang dan ahli parti.

Seterusnya kata Sulaiman lagi, UMNO bahagian Tanjong Karang akan terus mengeratkan lagi hubungan dan kolaborasi dengan Ahli Parlimen Tanjong Karang yang menyokong Kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan apa-apa program bersama rakyat.

“Di peringkat lapangan ini sememangnya tidak ada kerjasama politik yang jelas cuma ada masanya UMNO Tanjong Karang berkolibarasi bersama-sama seperti program hari raya, ziarah rakyat, sumbangan kepada rakyat dan sebagainya.Kerjasama itu pun menjadi hubungan yang baik dengan ahli Parlimen tersebut.

“Walaupun Kkta tiada arahan yang jelas mengenai kerjasama dengan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi, namun kita sedia maklum bahawa beliau menyokong Kerajaan Perpaduan untuk menambah kekuatan di Parlimen,” katanya.- UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit