Muhasabah Ummah (1)


NAMIMAH atau Adu Domba dan Hasutan bermaksud “memindahkan kata-kata sesama manusia dengan tujuan merosakkan dan melahirkan permusuhan dan kebencian.

Imam Ghazali mendefinisikannya sebagai “menyebar dan membongkar rahsia seseorang yang dia tidak suka dibongkarkan”.

Allah Taala berfirman dalam Surah al-Qalam:10-11;

وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَّهِينٍ (10) هَمَّازٍ مَّشَّاءٍ بِنَمِيمٍ (11)
janganlah kamu patuhi setiap orang yang kuat bersumpah lagi hina, banyak mengumpat, banyak berjalan ke sana sini mengadu domba

Ia merupakan satu akhlak yang dikeji oleh Syarak kerana ia mengundang fitnah, perbalahan, memutuskan hubungan rahim kekeluargaan dan membenihkan rasa iri hati, dengki dan cemburu serta memecahkan perpaduan umat Islam.

Dua bersaudara boleh bertikam lidah kerana “namimah”. Dua bersahabat boleh bertelingkah kerana hasutan.

Pengadu domba ibarat lalat yang memindahkan kuman-kuman dari najis ke tempat yang bersih.

Sekian

Disediakan oleh
Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Timbalan Pengerusi
Majlis Ulama UMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.