PRK: Jangan Terlampau Emosi Sampai Salah Memilih – Azalina

KEMAMAN, 1 Dis – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berharap pengundi di Kemaman bersikap rasional dalam membuat pilihan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Katanya, pengundi sebaliknya perlu melihat kepada lanskap yang menyeluruh iaitu kepentingan mereka sebagai rakyat di kawasan ini.

“Memang kita mengamalkan demokrasi dalam politik, pilihan raya tetapi jangan terlampau emosi sampai kita pilih sebab membenci.

“Pilih untuk diri kita sebab hendak pilih calon wakil rakyat, saya rasa kalau lapan kerusi Parlimen untuk menangkan satu yang mewakili suara kerajaan boleh menjadi jambatan kepada isu-isu rakyat kepada kerajaan Pusat, kenapa tidak?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui UMNO Online ketika melakukan kunjungan ke bilik gerak kerja Penerangan UMNO di Pejabat UMNO Bahagian Kemaman.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), dalam pada itu berkata di sebalik beberapa isu dihadapi rakyat terutama membabitkan bencana alam diuruskan sepenuhnya diuruskan agenda di bawak Kerajaan Pusat.

“Kena pilih wakil rakyat yang mewakili kita sebab tiga hari bulan semua orang dah balik kerana isu dihadapi rakyat antaranya membabitkan banjir polis, tentera, hospital, sekolah, kebajikan adalah di bawah kerajaan Pusat.

“Apa peranan kerajaan negeri? Lebih elok kalau wakil rakyat daripada kerajaan ada di kawasan yang dipimpin oleh mana-mana kerajaan negeri supaya menjadi jambatan untuk membantu rakyat.

“Walaupun kita hendak menawar diri sebagai pemimpin kena fikir keutamaan adalah rakyat sebab bila berlaku kecemasan dan sebagainya siapa yang hendak selesai isu rakyat.

“Itu sebabnya itu peluang yang diberi perlu diambil sebaiknya dengan mengundi satu calon kerajaan untuk mewakili di Terengganu dan mungkin boleh menyuarakan isu-isu di negeri Kelantan, kenapa tidak? Yang untung pengundi, tiada ruginya,” ujar beliau.

BN pada PRK ini mempetaruhkan bekas Panglima Angkata Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor.

Beliau berdepan yang berkhidmat 43 tahun dengan badan beruniform itu berdepan satu lawan satu dengan calon Pas yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari penamaan calon pada 18 Nov dan pengundian awal pada 28 Nov, manakala 2 Dis sebagai hari pengundian. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit