Selesai Mengundi, Kemakmuran Hanya Dapat Dicapai Melalui Perpaduan – Shaik Hussein

SUNGAI DUA, 12 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Dua, Datuk Dr Ir Shaik Hussein Mydin tiba di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Desa Murni, Taman Sungai Dua Utama, di sini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO tiba pada jam 10.20 pagi dan selesai menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada jam 10. 28 pagi.

Shaik Hussein dilihat sempat beramah mesra dengan pengundi yang hadir di pusat mengundi yang dibuka seawal 7.30 pagi tadi.

“Saya harap pengundi-pengundi di Sungai Dua buatlah keputusan yang terbaik dengan memilih perpaduan. Hanya dengan memilih perpaduan, kestabilan dapat dicapai dan hasil dari kestabilan itu kemakmuran negara, kemakmuran peribadi dan negeri dapat dicapai dengan baik dalam masa empat hingga lima tahun.

“Alhamdulillah… lebih sebulan menyantuni masyarakat di sini dan harap rakyat Sungai Dua buat keputusan yang terbaik untuk kestabilan dan kemakmuran kerajaan dengan memilih perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO Online selepas selesai mengundi berharap pengundi di DUN Sungai Dua membuat keputusan yang terbaik dan memilih perpaduan.

Semua pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan dibuka pada pukul 7.30 pagi dan akan ditutup pada pukul 5 petang.

PRN ini melibatkan pertandingan 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan 45 DUN di Kelantan.

Proses pengundian berjalan lancar dengan menyaksikan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus mengawasi pembuangan undi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.