PUTRAJAYA 31 Julai–Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara Kementerian Pendidikan Tinggi dengan XOX Berhad dan VMR Three Sdn Bhd dalam Program Keusahawanan MySiswa serta dengan Wawasan Jaya Elite Sdn Bhd dalam Bidang Kebolehpasaran Graduan.
Majlis hari ini merupakan suatu lembaran baharu kerjasama antara KPT dan industri dalam memperkasa mahasiswa. Inisiatif ini antara lain, bertujuan untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam bidang keusahawanan serta menangani isu kebolehpasaran graduan.