Port Dickson, 27 Julai — Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan (dua, kanan) melihat pelan pembangunan ketika menghadiri Majlis Pecah Tanah Kem dan Rumah Angkatan Tentera bagi Pusat Latihan Kor Polis Tentera Ditaja dan Army Red Warrior di Tapak Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja hari ini.
Turut hadir, Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang (tiga, kanan).
Projek yang menelan kos sebanyak RM232.9 juta ini melibatkan pembangunan semula aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Pusat Latihan bagi Kor Polis Tentera Diraja iaitu PULAPOT, Markas Tim Akrobatik Army Red Warrior (ARW) dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) serta kemudahan yang berkaitan pada asalnya di Kem Genting Klang, Kuala Lumpur.