Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri UMNO Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Persidangan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bermula hari ini dengan anggota perwakilan akan mendengar amanat daripada ketua masing-masing.

Persidangan Wanita UMNO akan berlangsung di Dewan Merdeka membabitkan 1,159 perwakilan dari seluruh negara sementara Pemuda UMNO akan bersidang di Dewan Tun Razak melibatkan 1,160 perwakilan dan perwakilan Puteri yang seramai 1,134 pula bersidang di Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail.

PAU 2023 berlangsung bermula 7 hingga 10 Jun dengan acara program taklimat presiden dan diikuti majlis perasmian Perhimpunan Agung pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO semalam.

Perasmian serentak Perhimpunan Agung bagi ketiga-tiga sayap terbabit telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di Dewan Merdeka, malam tadi.

Dalam ucapannya malam tadi, Mohamad berkata UMNO perlu memulakan langkah berani dan tegas, dengan merangka rangka tindakan baharu dengan membawa agenda Melayu yang moden dan maju, untuk meyakinkan bangsa Melayu bahawa parti mempunyai rencana yang jelas untuk bangsa.

Perhimpunan ini juga julung kali dilaksana selepas pemilihan UMNO yang diadakan pada Mac lalu membariskan kepimpinan parti sama ada di peringkat Majlis Kerja Tertinggi, sayap-sayap malah juga di peringkat bahagian. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.