Harapan Coin Idea Kerajaan “Scammers”?

Ketika ringgit sedang membuat terjunan, Khalid Samad mencadangkan pengenalan “Crypto currency” – Harapan Coin – untuk kegunaan secara rasmi dalam urusan negara.

Bagi yang tidak tahu crypto currency adalah satu cara penggubahan wang haram terkenal di seluruh dunia.

Selain bitcoin yang agak mantap kebanyakan crypto currency ini jenis “hit and run”. Siapa dulu dialah untung. Yang masuk kemudian ngangalah menunggu buah tidak gugur.

Agak-agak berapa Khalid Samad telah labur dalam Harapan Coin? Mungkin juga ini cara orang tertentu menghalalkan wang haram mereka di dalam dan luar negara.

Jika dibaca di laman web mereka jelas Harapan Coin telah dijual untuk membiayai tabung politik mereka. Sekarang mereka sedang mencari jalan untuk membayar semula wang penderma mereka melalui Harapan Coin.

Usaha menghalalkan Harapan Coin dalam urusan kerajaan adalah cara merompak wang rakyat untuk membayar kroni politik mereka.

Kalau tengok skim-skim bawah Pakatan Harapan, jika bukan dalam kategori “salin, tampal dan penjenamaan semula”, maka ia akan bernafaskan skim MLM.

Sebelum ini rumah tidak laku, dicadangkan skim P2P. Bayar dulu 20 peratus lagi lima tahun baru fikir jalan penyelesaian.

Janji-janji mereka dalam manifesto juga banyak bernafaskan propaganda MLM.

Ab Jalil Becker

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.