ISKANDAR PUTERI 15 Mac–Menteri Besar Johor Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi menyaksikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, YB Cik Norlizah Noh menerima mockup cek daripada Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negeri Johor, En Rizal Ahmad yang memperuntukkan sumbangan RM600,000 dalam bentuk biasiswa penuh, untuk ditawarkan kepada anak Johor yang berkelayakan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti tempatan.