Azam Kembalikan Kekuatan UMNO, Semua Pihak Perlu Mainkan Peranan – Rosnah

 

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Semua pihak termasuk pemimpin tertinggi dalam UMNO boleh menjadikan pasukan yang mantap dan memainkan peranan bagi memperkasa parti dengan kematangan dan perpaduan sebagai kubu menangkis serangan mendatangkata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Katanya, penegasan yang dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri telah menyentuh hala tuju parti untuk masa hadapan.  

“Apa yang telah diucapkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bakal menjadi azimat kepada pemimpin-pemimpin UMNO. Kita buang yang keruh ambil yang jernih, mantapkan pasukan parti ini dan semua pihak boleh memainkan peranan.

“Amanat yang telah disampaikan seharusnya menjadi panduan kepada semua pemimpin dan peringkat termasuk pemimpin Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

“Saya yakin sekiranya formula yang telah dicetuskan oleh beliau (Timbalan Presiden) dapat diadaptasi oleh semua pihak maka insya-Allah… parti UMNO akan semakin kuat,” katanya ketika ditemui UMNO Online, malam tadi.

Beliau yang juga Exco Wanita UMNO menyifatkan barisan kepimpinan UMNO diyakini cukup bijaksana dalam menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh parti.

 

“Kalau digabungkan hebatan ini dan dengan tenaga seluruh lapisan kepimpinan yang ada dan yakin bahawa UMNO akan muncul kembali sebagai parti yang dominan serta menjadi pilihan kepada rakayat Malaysia, insya-Allah,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.