Masih Terlalu Awal Untuk Puji Atau Kritik Kerajaan Baru

MASIH terlalu awal kalau kita nak puji atau kritik kerajaan baru. Dan masih terlalu awal untuk kita kata keputusan Perikatan Nasional (PN) kekal pembangkang tunggal itu baik atau buruk.

Saham melonjak pada hari Khamis bukanlah kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Tapi sebab kenyataan media UMNO pada awal pagi yang menandakan ketidaktentuan politik telah tamat.

Sebab itu pasaran saham telah melonjak walaupun Mesyuarat Raja Raja berkenaan lantikan PM10 belum bermula.

Saham merudum pada hari Jumaat bukan kerana DS Anwar angkat sumpah. Saham jatuh sebab orang buat profit taking. Market buat correction selepas lonjakan melampau pada hari sebelumnya

Ringgit naik pada hujung minggu lepas bukan kerana DSAI jadi PM. Tapi sebab Mesyuarat Federal Reserve Amerika Syarikat pada 23 Nov bersetuju untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah negara mereka.

Hampir semua matawang asing naik berbanding USD pada Khamis lepas.

Nak kritik atau puji kerajaan kena tunggu dua benda. Saya serik dah puji PM berdoa dalam TV kemudian akhirnya PM sama menyusahkan rakyat dengan buat darurat dan PKP Separuh Masak

Andai kata PM hari ini tiba2 berkhutbah Jumaat di Masjid Negara minggu depan pun saya takkan ambil sebagai indikator utama. Jangan terkejut kalau DS Anwar buat begitu. Sebab zaman dia TPM dulu pun memang hobi dia berkhutbah Jumaat seluruh negara.

Apa dua benda tersebut?

Pertama susunan Kabinet. Kedua polisi dan hala tuju negara.

Susunan Kabinet penting untuk kita tengok adakah kerajaan hari ini akan stabil. Sekiranya formula zaman Tun Mahathir yang mengutamakan 2nd tier dalam PKR untuk jawatan kabinet berulang, maka kerajaan ini juga takkan bertahan lama.

Begitu juga susunan kali ini akan menunjukkan adakah ada parti-parti tertentu yang mendominasi kerajaan. Serta adakah wakil yang bermasalah akan dilantik semula.

Ketidakseimbangan parti dan wakil kaum dalam kerajaan adalah penyebab kepada wujudnya ketegangan kaum dan ketidakstabilan sebelum ini.

Sebab itu Tuanku titah Kerajaan Perpaduan

Polisi ekonomi pula kita kena tengok pembentangan bajet mini dan Belanjawan 2023. Di situ kita akan nampak apa sebenarnya hala tuju kerajaan dan reaksi antarabangsa terhadap negara kita.

Kalau kerajaan ini amal dasar jimat-cermat (austerity), naikkan kadar faedah dan kurangkan bantuan maka kita akan ada masalah. Tetapi kalau kerajaan hari ini berani berbelanja, utamakan ekonomi makro (ekonomi rakyat) berbanding ekonomi mikro, maka kerajaan ini akan ada harapan.

Pada ketika itu, barulah kita boleh kata turun naik Ringgit atau saham berlaku kerana kerajaan

Hakikatnya kerajaan ini belum benar-benar teruji walaupun mendapat kelebihan 2/3 majoriti melalui royal decree YDPA.

Untuk kita benar-benar menilai kerajaan, maka sebulan yang pertama ini akan menjadi waktu paling genting untuk mereka.

Sepertimana kerajaan PH 2018 dan kerajaan PN 2020, saya juga akan mendoakan kebaikan untuk kerajaan ini dan pentadbirannya

Sebab kalau kerajaan ini rosak, maka yang merana tetap kita.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.