Sharkar Harap Pengundi Tidak Salah Pilih, Tolak Tohmahan Serta Persepsi Ketika Membuang Undi Esok

TEMERLOH, 18 Nov – Golongan muda perlu peduli dengan suasana terkini politik negara bagi memastikan ia tidak terus dicemari dengan idealogi dan fitnah dari golongan yang terus menerus ingin memecahbelahkan masyarakat.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata negara ini perlukan anak-anak muda yang mempunyai semangat juang tinggi sebagai lapisan pemimpin pada masa depan.

“Generasi muda perlu membuat pilihan tepat sekaligus menyelamatkan Malaysia menjadi lebih bermaruah demi masa depan negara.

“Manakala kepada semua anak perantauan yang pulang ke Temerloh, semoga selamat sampai ke destinasi. Esok kita semua berpeluang untuk memilih pimpinan baharu di Parlimen Temerloh dan di Dun Mentakab, Lanchang serta Kuala Semantan. Kepada seluruh pengundi di Parlimen Temerloh pilih kestabilan, pilih kemakmuran, pilih Temerloh Kembali Gemilang,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Kata Sharkar lagi, masa depan negara dan negeri berada di tangan pengundi yang akan melakukan proses memilih.

“Di tangan anda semualah terletaknya pilihan untuk masa depan negeri dan negara tercinta ini.  Pilihan yang salah disebabkan fitnah, tohmahan, mahupun persepsi semata mata akan menyebabkan negeri dan negara dalam kemunduran dari segala aspek. Pilihan kini di tangan anda, pilih dengan bijak,” ujarnya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.