Jelajah Gelombang Biru Tanda Solidariti BN Sabah

KOTA KINABALU: Sambutan luar biasa yang ditunjukan oleh ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional pada setiap program Jelajah Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera BN yang telah diadakan menunjukkan momentum serta semangat ahli-ahli parti begitu tinggi untuk bergerak secara bersepadu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang akan diadakan pada bila bila masa.

Setakat ini sudah tiga tempat program ini diadakan bermula di Zon 6 yang merangkumi Kawasan Tawau Semporna dan Kalabakan, yang diadakan 4 September lepas, disusuli Zon 1 Kota Belud, Tuaran 10 September dan Zon 4 Pedalaman di Pensiangan yang menunjukkan sambutan luar biasa dari kalangan ahli-ahli UMNO/BN cukup membuktikan tahap soladariti BN di negeri ini begitu tinggi untuk menghadapi PRU Ke-15.

Selepas ini akan menyusul pula Perhimpunan Gelombang Biru Zon 5 yang melibatkan bahagian Kinabatangan,Beluan Libaran dan Sandakan yang akan diadakan di Padang Bandaran Sandakan dari 1-2 Oktober 2022 dan seterusnya beberapa zon lain iaitu, Zon 1 Kudat dan Kota Marudu, Zon 4 Ranau, Keningau,Tenom, dan Pensiangan, Zon 3 Papar,Beaufort,Sipitang dan Kimanis dan Zon 2 melibatkan Sepanggar, Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang

Sementara itu Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika ditemui berkata, Perhimpunan Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera BN yang diadakan merupakan isyarat bahawa gendang perang Pilihan Raya Umum ke-15 sudah berbunyi dan semua ahli parti perlu bersedia untuk ke arah itu.

Bagaimana pun Bung yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, kehadiran ribuan penyokong pada majlis Perhimpunan Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera BN bukanlah sebagai titik akhir yang menunjukkan kekuatan sebenarya BN sebelum memasuki gelanggang pilihanraya .

Beliau menegaskan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 perlu membuktikan bahawa terdapat kesepaduan parti yang mempunyai mekanisme jentera di pelbagai lapisan di akar umbi malah menolak mereka yang pernah memperkecilkan kekuatan UMNO /BN dan kepimpinannya.

“Semangat Gelombang Biru yang menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bangkit untuk mengambialih pemerintahan negara perlu diteruskan sehingga PRU diadakan yang dan perlu membuahkan hasil lumayan iaitu kemenangan besar BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)” katanya.

Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Gelombang Biru BN perlu digerakkan secara bersepadu untuk menggandakan kekuatan BN dan kesemua ini perlu dilakukan dengan tekad yang kuat dan semangat perjuangan yang luhur.

“Setiap lapisan PDM, cawangan dan bahagian perlu membina asas kekuatan ini. Atas prinsip ini jika ahli UMNO bersatu hati dan parti komponen BN bersifat realistik dan bergerak berdasarkan fakta dan data, BN akan kembali teguh dan ampuh”

“Kita akan bekerja kuat bagi mencapai KPI yang diletakkan oleh parti dan hasrat ini dapat dicapai jika kita mendapat sokongan padu semua pemimpin Umno dan BN sepanjang kempen pilihan raya kali ini,” Tambah Bung.

Jaafar Abdul Wahid
* Penulis adalah Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri/Menteri Kerja Raya Sabah

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.