Sedia Berkhidmat Sehabis Baik, Pilih BN Untuk DUN Machap – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 11 Mac – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap para pengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan memilih BN esok.

Beliau yang menjadi taruhan BN bagi mengekalkan kerusi DUN Machap berharap rakyat akan memberikan undi dan memberikan kepercayaan kepada beliau.

“Dengan rendah hati, saya Onn Hafiz Ghazi, calon Barisan Nasional DUN N26 Machap, calon nombor 3 memohon doa dan sokongan dari keluarga serta rakyat warga DUN Machap, sekali lagi ingin merayu kepada semua pengundi untuk memberi saya peluang berkhidmat buat warga DUN Machap.

“Saya bukanlah manusia sempurna tapi saya akan buat sesuatu perkara itu dengan sehabis baik untuk berkhidmat jika diberikan mandat nanti. Semoga perjuangan ini mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT demi kebaikan kita bersama,” katanya.

Kerusi DUN Machap menyaksikan pertembungan antara Onn Hafiz dengan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh.

Selain kedua-dua calon itu, persaingan di kerusi DUN sama pada PRN Johor itu juga disertai Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Johor Azlisham Azahar yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan R.Sangaran daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA). – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.