Kenyataan Mengenai Hukuman Mahkamah Syariah : Anwar Perlu Beri Penjelasan


KUALA LUMPUR, 6 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberikan penjelasan berhubung kenyataannya mengenai hukuman yang dijatuhkan okeh Mahkamah Syariah Terengganu terhadap kes lesbian.

Menurut beliau Anwar perlu menjelaskan, proses sepatutnya apa yang tidak diikuti dan daripada sudut mana Anwar merasakan intepretasi Islam dibuat secara sempit.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata beliau “a practising Muslim” tidak bersetuju dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Terengganu terhadap kes lesbian, dan menurutnya “due process not being followed”.

“Sebagai bakal Perdana Menteri (PM), kata-kata beliau ini memberi makna dan kesan sangat besar.

“Kemudian tersebar pula kenyataan Urusetia Pakatan Harapan (PH), yang senada, membantah hukuman itu dengan ulasan yang sangat memeranjatkan! PH menganggap pelaksanaan hukuman sedemikian mengheret Malaysia Baru ke zaman ‘barbaric’ …. zaman tidak bertamadun,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hafi ini.

Kata Annuar lagi ini bererti kerajaan Malaysia secara rasmi menganggap hukuman rotan (syariah) sebagai hukuman tidak bertamadun dan ‘barbaric’.

“MasyaAllah … apakah hukumnya bagi orang Islam yang menganggap hukum Islam itu barbaric? Mungkin para alim ulama boleh menjelaskannya.

“Harus diingat, kuasa yang dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah Terengganu adalah kuasa yang turut diluluskan Parlimen Malaysia. Dalam kes berkenaan, kita di fahamkan pesalah telah mengaku salah.

“Maka jenis hukuman adalah mengikut apa yang telah tersedia dikanunkan, bukan semberono hakim atau semberono Peguam Negara,” ujarnya.

Tambah Annuar ia bentuk yang sudah disemak oleh pakar syarak, diluluskan oleh Dewan Negeri dan diperkenan oleh DYMM Sultan.

“Kenyataan urusetia PH adalah bukti nyata pendirian kerajaan hari ini terhadap Islam dan kedudukannya sebagai Agama bagi Persekutuan seperti terpahat dalam perlembagaan negara.

“Kenyataan ini juga secara langsung memperlekeh Islam dan menghina Mahkamah Syariah. Suara pemimpin Islam dlm PH sekali lagi bisu dan membuktikan kerajaan ini sudah tidak boleh diharapkan untuk menjaga dan membela syariat Islam,” katanya.

Tegas Annuar apa yang pasti, suara DAP dan PKR yang sememangnya tidak berteraskan Islam menenggelamkan suara PPBM dan PAN yang terlalu lemah dan terpaksa mengangguk di bawah DAP-led PH.

Umat Islam yang cintakan agama dan takut pada Allah swt tegas Annuar lagi harus tampil menolak tindakan menghina Islam dan hukum Islam.

“Barbarickah Brunei, Anwar…Barbarickah Arab Saudi? Barbarickah Pakistan…Jawablah di akhirat …,” katanya.-MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.