Diskusi 100 Hari PH Tipu Kupas ‘Sabah : Sekadar Janji’

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Sudah lebih 100 hari kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Persekutuan sejak 9 Mei lalu namun demikian, sepuluh perkara yang dijanjikan dalam manifesto mereka dalam tempoh tersebut masih gagal dilaksana termasuklah janji kepada rakyat di Sabah.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bersama Senior Fellow, Social Empowerment and Empowerment Development of Sabah (SEEDS), Dr Arnold Puyok akan muncul dalam program diskusi ini untuk mengupas tajuk ‘Sabah Sekadar Janji’ dengan Dr Azizan sebagai moderator.

Diskusi ini akan bersiaran pada pukul 9.00 malam ini dan boleh diikuti menerusi laman facebook MediaUMNO atau UMNO Online.

Marilah bersama-sama mengikuti diskusi tersebut bagi mengetahui kupasan dan hujahan yang akan dilontarkan oleh para panelis berhubung janji kerajaan PH yang ternyata memberi kesan kepada rakyat, dan sejauh mana kerajaan PH hari ini menangani masalah tersebut – MediaUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit