‘Harga Komoditi Jatuh : Pekebun Kecil Mengeluh’ Diskusi Dari Parlimen ‘Live’ Malam Ini
KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah akan muncul bersiaran langsung di dalam program Diskusi Dari Parlimen untuk mengupas tajuk ‘Harga Komoditi Jatuh : Pekebun Kecil Mengeluh’ bersama Helmi Hanafi sebagai moderator.
Diskusi ini akan bersiaran secara langsung pada pukul 9.00 malam ini dan boleh diikuti menerusi laman facebook MediaUMNO atau UMNO Online.
Marilah bersama-sama mengikuti diskusi tersebut bagi mengetahui kupasan dan hujahan yang akan dilontarkan oleh para panelis berhubung kejatuhan harga komoditi yang ternyata memberi kesan kepada pekebun kecil, dan sejauh mana kerajaan PH hari ini mampu untuk menangani masalah tersebut –MediaUMNO