Konspirasi Pakatan Harapan-Amerika Untuk Menghapuskan Bukti Kes Akta Kleptokrasi?


KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Pakatan Harapan (PH) di Parlimen hari ini bahawa Amerika Syarikat telah menyerahkan kapal layar Equanimity yang kononnya dibeli oleh Jho Low menggunakan duit yang dicuri dari 1MDB kepada Malaysia.

Soalnya, adakah kapal itu milik Amerika?

“Ianya mahu dirampas DOJ untuk satu saman sivil yang masih belum dibicarakan. Kalau bicarapun belum, jatuh hukumpun belum, bukti bahawa kapal itu dibeli guna duit 1MDB pun tiada, macamana ianya boleh jadi hak Amerika untuk diserah kepada Malaysia?

“Adakah kebenaran yang diberikan oleh Amerika untuk Equanimity diserahkan kepada kerajaan Malaysia merupakan sebahagian dari konspirasi di antara pihak tertentu dalam PH dengan Amerika seperti mana disahkan oleh pihak IRI untuk menghapuskan bahan bukti supaya proceding saman sivil ke atas Reza Aziz, Jho Low, Khadim al Khubaishi dan Muhammad Badawi dibatalkan. 17 aset empat individu ini mahu dirampas atas tuduhan ianya dibeli menggunakan duit yang dicuri dari 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Bidasnya, kalau barang yang hendak dirampas sudah tiada, contohnya Kapal Layar Equanimity diserah kepada Malaysia, Jet Peribadi yang ditahan oleh pihak berkuasa Singapura juga mahu diserahkan kepada Malaysia, maka kalau semua bahan yang hendak dirampas sudah tiada, prosiding apa yang DOJ hendak lakukan?

“Maka, bagaimana rakyat Malaysia hendak tahu bahawa tuduhan PH dan DOJ bahawa harta itu dibeli guna duit 1MDB adalah benar atau hanya satu fitnah untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN)?

“Kenapa selepas 97 hari Pakatan Harapan memerintah, Peguam Negara masih gagal mendakwa Datuk Seri Najib Razak atas tuduhan mencuri duit 1MDB?

“Bukankah Datuk Seri Shukri Abdull, SPRM cukup gairah membekukan akaun sesiapa sahaja yang kononnya pernah menerima sumbangan daripada Datuk Seri Najib hasil duit yang dicuri dari 1MDB? Adakah tuduhan itu sebenarnya satu fitnah?”

Tegasnya, mungkin sekarang baru rakyat akan faham kenapa Mac lalu pembicaraan akta kleptokrasi empat individu tadi ditunda ke September, 2018, iaitu selepas pilihan raya Malaysia. Rupa-rupanya, menjelang September, bahan bukti pun silap-silap dah dilelong dan pembicaraan kes Saman Sivil DOJ ke atas Jho Low, Reza Aziz, Khadim Al Khubaishi dan Mohamad Badawipun belum tentu akan berjalan.

“Kalau pembicaraan tersebut berjalan dan empat individu ini akhirnya dapat membuktikan bahawa harta tersebut dibeli menggunakan wang yang diperolehi secara sah tanpa mencuri dari 1MDB, adakah kita boleh mengubah keputusan pilihanraya Malaysia ke 14?

“Sudah pasti tidak! Mungkin kenyataan Tun Mahathir bahawa rakyat Malaysia ramai yang “uneducated” adalah benar. Mungkin apa yang beliau maksudkan, walaupun yang menyokong PH ini kebanyakannya golongan profesional seperti doktor, engineer, peguam, pensyarah dan sebagainya, mereka tidak pernah berfikir sama ada fitnah yang dilontar PH benar atau tidak,” sindir beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO. – MediaUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit