Usaha Haramkan UMNO: ‘Scheme Of Thing’ PPBM Terbaru?

Bulan Jun ketika kes covid baru mencecah 6 ribu, ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan)TOLAK permohonan PKR untuk adakan Perhimpunan Agong Tahunan parti mereka.

Bulan Ogos ketika kes Covid sudah mencecah 20 ribu, ROS TOLAK permohonan UMNO untuk tangguh pemilihan parti melibatkan lebih 66 ribu cawangan dan 3.2 juta Ahli termasuk sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri seluruh Malaysia.

Apakah ROS sebagai agensi Kerajaan dibawah Menteri Dalam Negeri juga terperangkap dalam ‘Scheme of Thing’ orang politik?

Sedangkan keputusan MKT UMNO pada 18 Jun 2021 (52/56 Ahli MKT SETUJU) untuk menangguhkan pemilihan dibuat setelah merujuk kepada:

1. Surat Balas Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertarikh 10 Mei 2021, dan ditandatangani oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah sendiri yang mengesyorkan agar “Mesyuarat Perwakilan UMNO bagi tahun 2021 ditangguhkan demi kepentingan perlindungan kesihatan awam, sehingga ke satu keadaan pandemik Covid-19 yang lebih terkawal dan selepas lebih 70% penduduk Malaysia telah diliputi dengan vaksin covid19”

2. Surat balas Majlis Keselamatan Negara bertarikh 11 Jun 2021 yang mengesyorkan: “Mesyuarat Perwakilan UMNO bagi tahun 2021 dipohon supaya ditangguhkan demi perlindungan kesihatan awam dengan mengambil kira pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. Malah permohonan UMNO untuk menangguhkan Mesyuarat Perwakilan UMNO kepada ROS bertarikh 24 JUN 2021 telah dibalas melalui surat bertarikh 19 JULAI 2021 dengan menyebut “Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) TIADA HALANGAN terhadap keputusan MKT UMNO bagi menangguhkan pemilihan MKT, Bahagian dan Cawangan dalam tempoh 18 BULAN bermula 30 Jun 2021 dan mendapati ia adalah mematuhi Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO”.

Persoalannya;

Macam mana tiba-tiba boleh keluar dua surat berbeza daripada ROS tidak sampai sebulan?

Kenapa pula keluar surat baharu daripada ROS semalam bertarikh 6 Ogos yang secara tiba-tiba dan tergesa-gesa mengatakan keputusan penangguhan adalah tidak sah?

ROS tidak wajar dijadikan alat terbaru PPBM untuk membunuh seteru politiknya!

Insya-Allah Peguam UMNO telahpun menjelaskan segala keputusan penangguhan dan permohonan kepada ROS yang dibuat MASIH MENGIKUT PROSEDUR. Setiausaha Agong juga telah mengutuskan jawapan balas kepada ROA bagi menjernihkan kekeliruan.

Justeru, buat Ahli-Ahli UMNO jangan bimbang! Usaha mengharamkan UMNO tahun lepas juga gagal setelah keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada kita, Alhamdulillah.

Kali ini insyaAllah, Peguam-Peguam UMNO punya hujah lebih kuat untuk mencabar ROS kerana keputusan penangguhan dibuat setelah merujuk kepada MKN, KKM dan ROS sendiri dan semua rekod didokumentasikan dengan sempurna, bahkan semua keputusan adalah mengikut prosedur dan Perlembagaan UMNO.

Moga dibukakan hati pemimpin-pemimpin UMNO agar tidak bersekongkol dengan Kerajaan PN yang bukan sahaja gagal menguruskan hal kebajikan rakyat di kala Pandemik tapi sanggup derhaka kepada Raja bahkan menyalah-gunakan agensi-agensi Kerajaan demi mengekalkan kuasa.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pemuda UMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.