Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Melaka

AYER KEROH 25 November — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mempengerusikan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri Melaka yang pertama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16. Barisan EXCO kali ini menyaksikan gabungan pengalaman dan tenaga baharu. Ada yang meneruskan khidmat dengan portfolio berbeza, manakala beberapa muka baharu turut diberikan kepercayaan untuk bersama-sama menggalas tanggungjawab dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

