Sumbangan Mangsa Banjir Wanita UMNO Malaysia

KUALA LUMPUR 23 November — Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad melalui Skuad Sayang 3K Kebangsaan dan Sekretariat Tugas-Tugas Khas Wanita UMNO Malaysia menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir Negeri Selangor, Melaka, Kedah dan Perak yang terjejas baru-baru ini di Menara Dato’ Onn, WTCKL hari ini. Turut bersama Komandan Skuad Sayang 3K Kebangsaan Hisham Suhaily Othman dan Pengerusi Sekretariat Tugas-Tugas Khas Wanita UMNO Malaysia Datuk Waheedah Faruz.

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO